Memperkenalkan koleksi fesyen Neutrogena® Happy Skin 24/7, merupakan satu siri yang terdiri daripada 30 rekaan yang dipaparkan di Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival (MBSTYLOAFF) 2017.
Dihasilkan oleh pereka fesyen tempatan Kittie Yiyi dan Hazzer Wan Lee, koleksi Happy Skin 24/7 melambangkan perasaan gembira dan keceriaan seseorang apabila memiliki kulit yang sihat dan cantik.
Menurut Julia Teo, Pengarah Pemasaran Bersekutu bagi Kumpulan Syarikat Konsumer Johnson & Johnson,
“Menerusi penampilan pertama kami dalam bidang fesyen di Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival 2017, kami berharap untuk memaparkan kegembiraan memiliki kulit yang sihat dan cantik, hasil menggunakan produk penjagaan kulit Neutrogena®, dan berkongsinya dengan para wanita Malaysia – dan cara yang terbaik untuk kami lakukan sedemikian adalah dengan menghasilkan sebuah koleksi fesyen, yang diinspirasikan konsep Happy Skin”!
Happy Skin adalah relevan bagi setiap musim – ianya sememangnya bukan trend sementara. Menerusi koleksi fesyen oleh para pereka kami, kami ingin menunjukkan bahawa anda boleh mendapatkan kulit yang sihat dengan Neutrogena®, kelihatan cantik dan kekal gembira setiap masa!
“Kami bekerjasama dengan Kittie Yiyi dan Hazzer Wan Lee – dua pereka fesyen unik yang sering mendapat ilham menerusi objek-objek menarik, lantas menghasilkan corak dan warna yang menarik! Hasil kreativiti dan kerja keras mereka, kita dapat menyaksikan bagaimana mereka mengekspresikan konsep keceriaan dan keremajaan Happy Skin 24/7 Neutrogena®,” jelas Teo.
Saksikan kemunculan fesyen pertama Happy Skin 24/7 Neutrogena® di Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival 2017 dalam talian! Maklumat lanjut di laman Facebook dan Instagram Neutrogena®: