U Mobile melancarkan pelan pascabayar terbaru Unlimited Hero P78 dengan digelar Unlimited Ideas. Pelan terbaru ini merupakan satu lagi inistiatif syarikat telekomunikasi ini membolehkan pelanggan mereka menikmati data internet berkelajuan tinggi tanpa had dan dapat membuat panggilan telefon ke semua rangkaian tanpa had menerusi servis Call-Onz. Semua manfaat ini dapat dinikmati hanya RM78 sahaja!
Selain data dan panggilan tanpa had, pelan Unlimited Hero P78 disertakan dengan Roam-Onz, satu perkhidmatan baru yang membolehkan pelanggan menikmati data berkelajuan tinggi sebanyak 5GB secara percuma untuk perayauan data 12 negara terpilih, seperti Korea Selatan, India dan Australia.
Menurut Jasmin Leem Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, “Pelanggan bebas menggunakan dara atau membuat panggilan mereja pada di mana-mana hari dan di bila-bila masa hanya untuk RM78 sahaja! Pelan terunggul ini memang tidak boleg dibandingkan.”
Unlimited Hero P78 dapat diperolehi hanya pada yang terhad sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.u.com.my/unlimited.