Alisa Roslan, seorang ibu yang mempunyai empat orang cahaya mata berasal dari Perlis telah dinobatkan sebagai juara pertandingan memasak yang dianjurkan NESTUM baru-baru ini.
Empayar Sajian Nestum menyaksikan lima orang peserta berentap dalam menyiapkan hidangan istimewa berasaskan ramuan Nestum 11 Mei lalu yang bertempat di Orange Concourse, Sunway Pyramid.
Sebagai imbuhan, juara membawa pulang hadiah bernilai RM28,000 termasuklah tajaan produk Nestum, baucar membelu-belah dari Sen Heng, AEON, perkakas memasak Le Creuset serta berpeluang menyertai kelas memasak di The Cooking House.
Kempen ini ingin mengumpulkan idea-idea resepi menarik orang ramai serta melihat kebijaksanaan para peminat bijirin Nestum dalam menyajikan hidangan rumah versatile berasaskan Nestum itu sendiri.
Selain enak, Nestum juga menyalurkan nutrisi terbaik yang diperlukan tubuh agar sentiasa bertenaga dan sihat sepanjang masa.
Menerusi kreativiti tersendiri, Alisa menyediakan hidangan manisan bubur berupa Serawa Labu Manis Nestum.
Kata Alisa, “Saya teruja kerana dinobatkan sebgaai Ratu Empayar Sajian NESTUM yang pertama.
“Sebagai seorang wanita, saya memang gemar bereksperimen mencipta resepi di dapaur tapi alangkah tak sangkanya hidangan ‘biasa’ yang saya sediakan ini boleh memikat hati juri yang merasa dna mengadili seterusnya memenangi tempat yang pertama,” tambahnya.
Empat orang perserta finale yang lain-lain masing-masing membawa pulang saguhati berjumlah RM5,500 di mana Zul Razak telah menyediakan manisan digelar Awesomeness Fruit Crumble, Lauren Tan menyediakan Nuget Udang Nestum, Muhammad Falihin dengan hidangan Sate Ayam Nestum dan Kak Wan dengan hidangan Biskut Makmur Semolina.
Untuk keterangan lanjut, sila layari laman Facebook rasmi Nestum Malaysia di [www.facebook.com/NestumMalaysia]