Mesir amat terkenal di mata dunia kerana tinggalan sejarah, seni bina serta kemewahan warisan merangkumi takhta kekayaan milik kerajaan pimpinan Firaun suatu ketika dahulu. Namun, dalam pada kemegahan tersebut, sajian tradisinya juga turut dibanggakan.
Setiap satunya diramu dengan perapan herba unik malah rasanya juga penuh kenikmatan perisa eksotik, menyerikan lagi aura aroma masakan, tekstur dan rasa sesuatu makanan itu sehingga ia sukar dilupakan.
Tut’s Egyption Eatery iaitu sebuah rangkaian restoran terkemuka antarabangsa yang menyediakan seleksi menu Mesir akhirnya membuka cawangan pertamanya di Malaysia yang berlokasi di One Utama Shopping Centre, Kuala Lumpur.
https://www.instagram.com/p/BULnYBMD-OQ/?taken-by=wanistadotcom
Antara hidangan signature Mesir yang disediakan di sini adalah seperti Koshari, Molokiah, Hawaoushi, aneka manisan serta minuman yang dirembes dengan perisa-perisa eksotik seperti kelapa dan sitrus.
Jelas Mohamed Zein, Pengurus Pembangunan Perniagaan Tut’s, hidangan di Tut’s Egyption Eatery disediakan segar oleh tukang masak yang berasal dari Mesir.
“Semua makanan di Tut’s mempunyai rasa yang sama seperti hidangan di Mesir sekaligus membuatkan pelanggan semua terasa seperti sedang benar-benar berada di tanah jajahan Raja Tut,” tambahnya.
Bukan itu sahaja, dekorasi dan hiasan dalaman restoran juga adalah eksklusif dan berkelas untuk menjadi tempat sekeluarga bersantai sambil makan dan bergembira bersama.
Jom! Alami sensasi kenikmatan resepi kegemaran Firaun di Tut’s Egyption Eatery pada harga rendah dan mampu milik hari ini.
Untuk keterangan lanjut berkenaan menu penuh di Tut’s Egyption Eatery, sila klik [tutseatery.com.my] atau lawat laman facebook rasmi Tut’s Egyption Eatery di [www.facebook.com/pg/tutsmy]
Alamat: One Utama Shopping Centre, Lower Ground Rainforest (LG333A)
No. Tel: 03 – 6412 9946