Manusia cepat bosan dengan penampilan diri. Begitu juga dengan gaya dan warna rambut yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.
Pewarnaan rambut adalah cara paling mudah sekali dalam mengubah penampilan diri. Rata-rata warna asli rambut orang Asia adalah hitam. Biasanya kebanyakan wanita Asia yang suka mewarna rambut memilih untuk mencerahkan sedikit warna rambut kepada warna-warna semulajadi seperti coklat keperangan.
Namun lain orang lain citarasanya. Kini warna-warna terang juga sudah menjadi trend bagi mengubah warna rambut. Malah untuk yang lebih berani,warna rambut pelangi juga sudah sedia menjadi trend.
Begitu juga dengan Bintang K-Pop yang sentiasa dilihat merubah warna rambut mereka dengan kerap, sama ada setiap kali comeback ataupun setiap bulan. Hitam, coklat, biru, pelangi, merah jambu, blonde, ungu, hijau – semua mereka telah mencubanya. Malah, ramai berpendapat apa sahaja warna diberi, pasti terlihat elok pada mereka.
Cumanya dalam banyak-banyak warna, warna blonde antara yang menjadi kekerapan bintang K-pop dalam mengubah penampilan mereka. Ada beberapa antara mereka terlihat elok bila menggayakan rambut ini, terasa seperti itu warna semulajadi dan langsung tidak nampak kekok.
Siapa mereka yang menjadi pilihan Wanista?
#1 Krystal
#2 GOT7 Jackson
#3 CL
#4 Taeyeon
#5 After School Nana
#6 BTS V
#7 TOP
#8 Black Pink Lisa
#9 Nam Taehyun
#10 BTS Jimin
Kalau anda jenis yang sukakan cabaran, bolehlah cuba warna rambut blonde sebegini. Nampak cool tau!