Produk kecantikan halal bukan sahaja menarik perhatian pembeli Muslim malah pengguna bukan Muslim.
Perkataan ‘halal’ bermaksud ‘dibenarkan’ dalam Bahasa Arab – merujuk kepada perbuatan harian termasuk beberapa barangan (makanan dan bukan makanan) yang bebas daripada diperbuat oleh haiwan dan bahan terlarang seperti alkohol.
Jika merujuk kepada barangan kecantikan dan penjagaan kulit, produk yang halal juga harus bebas daripada sebarang bentuk kekejaman dalam proses penghasilannya.
Prettysuci.com, stor dalam talian barangan kecantikan dan penjagaan kulit khusus untuk produk halal, kini telah rasmi dilancarkan. Diilhamkan oleh dua usahawanita, YM Tunku Dato’ Kaiyisah dan Natasha Mohammed Ozeir, portal kecantikan ini menawarkan pelbagai pilihan produk yang bermutu tinggi yang bukan hanya dari Malaysia malah jenama dari Australia, Amerika Syarikat, Taiwan, Korea da Indonesia.
Jenama-jenama seperti Make Over dan Wardah (Indonesia), Naveen (Taiwan), Amara Halal Cosmetics dan Tom’s of Maine (USA), Kester Black (Australia), Sunwoo (Korea) dan Naelofar, Marcella+Co, Sofina Halal dan Imaan Suci (Malaysia) ada di Prettysuci.com.
Paling terkini, Prettysuci berjaya mengeluarkan produk mereka sendiri iaitu Prettysuci lip-creme yang terdiri daripada koleksi edisi terhad lip creme Boneka, kolaborasi bersama Dato’ Sheila Majid.
Untuk melihat koleksi terkini, sila ke laman web rasmi.