Penggunaan puting sememangnya memudahkan para ibu bapa untuk menenangkan bayi yang meragam tidak tentu masa. Namun, disebalik fungsi puting itu sendiri, terdapat kesan sampingan yang akan dialami bayi itu kelak. Ini lima perkara yang akan berlaku jika membiarkan bayi menghisap puting.
Kebaikan
#1 Ada juga pakar berpendapat, adalah lebih baik apabila bayi menghisap puting kosong daripada ibu jari mereka sendiri kerana habit menghisap ibu jari lebih susah dibuang daripada puting kosong.
#2 Puting bayi elok untuk Bayi Pramatang di mana ada sesetengah hospital menyarankan bayi yang lahir pra-matang akan membesar dengan lebih baik jika Puting boleh mengurangkan tekanan pada bayi – Ada sesetengah pendapat puting bayi akan menenangkannya apabila berpindah kesesuatu tempat yang baru.
#3 Ada kajian juga menunjukkan bahawa SIDS atau Sindrom Kematian Bayi Mengejut dapat dielakkan apabila bayi diberi puting kosong ini kerana bayi yang tidur dengan puting kosong ini tidak boleh tidur terlalu lena kerana dihalang oleh refleks menghisap susu itu tadi. Ini menghalang daripada bayi berhenti bernafas seperti yang berlaku pada penghidap SIDS.
Keburukan
#1 Puting berkait rapat dengan jangkitan telinga. Satu kajian yang dilakukan oleh Akademi Ketua Pergigian mencadangkan bahawa penggunaan puting membawa kepada jangkitan telinga kerana ia menyebabkan tiub auditori untuk menjadi luar biasa terbuka.
#2 Puting buat gigi jadi jongang. Ini kerana, walaupun sesetengah ibu bapa menggunakan puting untuk berhenti menghisap ibu jari, kajian di atas juga menunjukkan bahawa penggunaan berpanjangan puting boleh membawa kepada masalah-masalah yang sama seperti menghisap ibu jari.
#3 Ketumbuhan yang tidak wajar pada sekitar mulut.
#4 Pertumbuhan gigi yang tidak teratur.
#5 Pertumbuhan pada bentuk bumbung mulut (lelangit).
#6 Puting juga menyumbang kepada kekotoran kerana ia diguna pakai semula tanpa pembersihan.
Panduan Sebelum Memberikan Puting Kosong Pada Bayi
#1 Pastikan bayi telah biasa dengan penyusuan susu ibu.Kerana dibimbangi, apabila bayi kerap menghisap puting ksong, bayi tidak mahu menghisap susu ibu lagi.
#2 Jika bayi menangis, jangan terus berikan puting kosng, tetapi gunakan cara lain seperti memberikan keselesaan dengan menepuk perlahan, menukar posisi bayi.Jika bayi lapar ,berikan dulu susu ibu.
#3 Pilih puting yang selamat atau tidak mudah pecah, kerana jika puting yang mudah pecah akan menyebabkan bayi tertelan serpihan menyebabkan bayi tercekik.
#4 Jika bayi tak minat untuk menghisap puting kosong, janganlah dipaksa.
#5 Pastikan puting sentiasa bersih sebelum diberikan pada bayi.Lalukan dengan air bersih ynag mengalir.
#6 Tahu bila untuk memberhentikan amalan menghisap puting sebaiknya sebelum gigi susu mula tumbuh. Ada yang berpendapat 6 bulan, ada 9 bulan dan ada yang setahun. Berapa pun umurnya puting kosong ini harus diberhentikan apabila gigi susu mula tumbuh.