Menjelang kelahiran bayi kembar yang bakal dilahirkan tidak lama lagi, Beyonce yang merupakan selebriti paling terkenal dengan gaya divanya baru sahaja melangsungkan parti baby shower yang diraikan bersama kaum keluarga dan kenalan terdekat.
Apa yang menarik, tema yang diketengahkan untuk majlis keraian itu adalah berkonsepkan kesenian dan gaya hidup masyarakat Afrika.
Beyonce atau lebih dikenali sebagai Q Bey menyarungkan busana santai iaitu sejenis coli bikini seksi yang dipadankan dengan skirt kembang berombak.
Meskipun tampak ringkas, aksesori yang digayakannya cukup mempersona ditemani kaca mata hitam, turban, rantai labuh serta tatu gergasi sementara yang dicacah pada bahagian depan perutnya yang semakin membesar sebagai pelengkap gaya yang mengikut tema. Manakala suami tercintanya, Jay Z turut tidak melepaskan peluang untuk bergaya serba putih.
Kelihatan mesra dan bahagia bersama, pastinya pasangan ini tidak sabar untuk menerima ahli keluarga baru di mana Beyonce dijangka melahirkan sekitar September nanti.
Selain ahli keluarga, turut hadir bagi memeriahkan parti tersebut adalah rakan-rakan rapat Beyonce seperti ahli kumpulan Destiny’s Child, Kelly Rowland dan Michelle Williams, La La Anthony, Venesa Bryant serta Serena Williams.