Berikutan rakyat Malaysia yang semakin sibuk dengan tugas harian mencabar, Munchy’s bangkit dengan inisiatif ideal untuk memenuhi keperluan semua dengan cara sihat.
Munchy’s bersama syarikat gergasi pengeluar makanan nombor satu di Greece iaitu Chipita sama-sama bekerjasama untuk menghasilkan roti kroison berinti ini.
Kroison 7DAYS oleh Munchy’s dicipta bukan sahaja untuk kanak-kanak sebagai sarapan ringkas, bahkan para pelajar serta individu bekerjaya yang sentiasa mengejar masa juga bisa menikmati kelazatan kroison yang mengenyangkan ini.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Munchy’s, CK Tan berkata, “Kroison 7DAYS sesuai dinikmati pada bila-bila masa dan di mana jua bahkan harganya berpatutan, berbaloi seperti kroison yang dibakar segar.”
Ia dibungkus dalam pek aluminium bagi mengekalkan kualiti kebersihan serta mengekalkan rasa segar roti tersebut seterusnya menjanjikan kelazatan untuk apa jua acara.
Dalam pada itu, Munchy’s dan Chipita akan terus berkongsi idea untuk sama-sama mengeluarkan lebih banyak produk baharu yang bukan sahaja fokus kepada penghasilan biskut semata malah meluaskan penaklukan dalam bidang pembuatan roti segera untuk masyarakat Malaysia.
Kroison 7DAYS oleh Munchy’s ditawarkan dalam tiga perisa menarik termasuklah coklat, vanila dan karamel. Ia boleh dibeli dari seluruh pasaraya mahupun kedai runcit seluruh semenanjung Malaysia pada harga RM1.30.
Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.facebook.com/Munchys]