Jaden Smith, anak kepada aktor terkemuka Hollywood Will Smith itu sering dilihat berpacaran dengan anak-anak gadis yang setaraf dengannya. Dari segi latar belakang, rata-ratanya memiliki kecantikan yang tiada bandingan bahkan masing-masing berkecimpung dalam dunia hiburan yang sering dilimpahi kemewahan serta populariti.
Selain Sofia Richie, Kylie Jenner dan Stella Hudges, ada seorang lagi gadis cantik dan seksi yang pernah menjadi insan kegemaran Jaden…
Apa yang pasti, dalam ramai-ramai bekas kekasihnya, Sarah Snyder ini adalah gadis yang paling cantik kerana bukan sahaja dia berperwatakan sofikated malah wajahnya persis bidadari yang baru turun dari langit.
https://www.instagram.com/p/yspNmmRMxS/?taken-by=sarahfuckingsnyder
Ayuh ketahui 9 fakta menarik mengenai Sarah Snyder!
#1 Model Yang Sedang Membina Nama
Tidak hairanlah jika gadis yang memiliki bentuk badan dan wajah cantik seperti Sarah ini sering berjalan di pentas-pentas fesyen berprestij untuk jenama seperti Dolce and Gabbana dan lain-lain.
https://www.instagram.com/p/BQ3TrINDiFU/
Biar pun baru berusia 21 tahun, Sarah sering dilamar untuk menjadi wajah kempen-kempen fesyen serta beberapa sesi penggambaran untuk label ternama.
https://www.instagram.com/p/BO5Ia4cAoYg/?taken-by=sarahfuckingsnyder
#2 Sarah Empat Tahun Lebih Tua dari Jaden
https://www.instagram.com/p/BJOfk2nAVBg/?taken-by=sarahfuckingsnyder
Seperti adik perempuannya Willow Smith yang gemar berpacaran dengan lelaki lebih tua, Jaden juga mempunyai cita rasa sama untuk menguntai tali percintaan dengan gadis yang lebih matang darinya.
https://www.instagram.com/p/BW-smcRjTdL/?taken-by=sarahfuckingsnyder
Menurut laporan dari profil model milik Sarah, umurnya sudah pun menjangkau 21 manakala Jaden sendiri baru sahaja 19 tahun ketika ini.
https://www.instagram.com/p/BWOO8NgDPJM/?taken-by=sarahfuckingsnyder
Adalah tidak menjadi kesalahan untuk Sarah meminum atau membeli minuman beralkohol kerana di Amerika Syarikat, syarat sah rakyat untuk membeli atau meminum alkohol adalah perlu berusia sekurang-kurangnya 21 tahun. Hmm… kesian Jaden masih belum boleh ‘minum’. No party at the club with Jaden!
#3 Bertubuh Genit & Agak Rendah
https://www.instagram.com/p/92L3mwxM6T/
Biar pun Sarah merupakan seorang model, dia boleh dikategorikan sebagai seorang peragawati yang bersaiz petite (kecil). Tingginya dalam lingkungan 5’5″ manakala Jaden adalah 5’7″.
https://www.instagram.com/p/BAXymAnRM7o/
Yup! Mereka adalah pasangan kekasih yang amat secocok dari segi fizikal 🙂
#4 Antara Gadis Paling Sensasi Di Instagram
Keberanian Sarah untuk mendedahkan sebahagian tubuhnya di kaca mata umum adalah sangat dipuji.
https://www.instagram.com/p/BCYRPstxMwh/
Mungkin kerana dia yakin dengan kecantikan yang dimilikinya, Sarah langsung tidak kekok untuk berkongsi foto-foto seksi diselangi gaya lenggok mengiurkan membuatkan para pengikutnya jadi cemburu.
https://www.instagram.com/p/BUURnaxDvFq/?taken-by=sarahfuckingsnyder
Lebih-lebih lagi perempuan lain yang seumurnya!
https://www.instagram.com/p/BP9SdMtAwry/?taken-by=sarahfuckingsnyder
Kini Sarah mempunyai lebih 1.6 Juta pengikut di Instagram.
#5 Tak Malu Untuk Menonjolkan Cinta Di Khalayak
https://www.instagram.com/p/BFE4ua4RM4B/?taken-by=sarahfuckingsnyder
Sebelum berpisah sekitar awal tahun ini, Jaden dan Sarah masing-masing sangat romantis terhadap satu sama lain, bahkan mereka tidak malu untuk menonjolkan keintiman di hadapan orang ramai.
https://www.instagram.com/p/3RPxt-xM4E/
Seolah-olah mereka hidup dalam dunia cinta mereka sendiri. So sweet!
Tonton Video Sarah dan Jaden berpelukan dan bertukar ciuman di hadapan orang ramai.
https://www.youtube.com/watch?v=pmW-sAOFGh4
#6 Pernah Mempunyai Rekod Lampau
Tidak dinafikan, dari segi rupa parasnya, Sarah kelihatan sebagai seorang gadis yang baik dan manis. Namun dalam dunia realiti sebenar, Sarah pernah didakwa mencuri sekitar Jun 2015.
https://www.instagram.com/p/yspNmmRMxS/
Sarah memakai baju-T yang mempunyai cetakan mugshoot wajahnya yang diambil ketika pernah ditahan polis beberapa tahun lalu.
Dia disabitkan kesalahan jenayah tahap tiga kerana mencuri beg tangan Hermes bernilai lebih RM68 ribu di sebuah butik terkemuka di New York. Oppss!
Walau bagaimanapun, Sarah dibebaskan kerana tidak cukup bukti kukuh.
#7 Merupakan Seorang Gadis Yang “High Maintenance”
Berpandukan foto-foto yang dimuat naik ke Instagram, Sarah gemar menggayakan pakaian serta item fesyen berjenama.
Antara jenama pereka kegemarannya adalah termasuk Fendi, Gucci dan Christian Dior!
https://www.instagram.com/p/BTEyMISjxVG/?taken-by=sarahfuckingsnyder
https://www.instagram.com/p/BOVxE6Zg4uW/?taken-by=sarahfuckingsnyder
#8 Seorang Fashionista Yang Agung
https://www.instagram.com/p/BOAY-PyAaJ2/?taken-by=sarahfuckingsnyder
Sama seperti Jaden, cita rasa fesyen Sarah boleh dikira unik bahkan dia bijak menyuaipadankan pakaian agar kelihatan rapi dan bergaya senantiasa.
https://www.instagram.com/p/BLubRY2AHb4/?taken-by=sarahfuckingsnyder
#9 Miliki Kecantikan Semula Jadi
https://www.instagram.com/p/BYhhm_cD6Z2/?taken-by=sarahfuckingsnyder
Siapa saja yang tidak cair melihat kejelitaan Sarah…
Memang cantik sungguh Sarah Snyder ni kan? Sebenarnya ramai peminat yang naik bengang bila menerima berita sadis yang mengatakan bahawa Jaden dan Sarah sudah putus kerana secara logiknya mereka ini memang sepadan!
Dengar khabar, Jaden yang bersalah kerana meninggalkan Sarah demi cinta baru yang acap dikenalinya di Festival Coachella musim lalu. Entah ye atau tidak, penulis tidak dapat pastikan.
Tetapi jika hendak diikutkan, mereka ini sudah bercinta sejak 2015. Hampir dua tahun bercinta namun gagal ditengah jalan. Oh well… cinta monyet mungkin.