Mahkamah Majistret semalam membenarkan waran tangkap terhadap aktres Nelydia Senrose yang didakwa gagal mengemukakan borang cukai pendapatan.
Majistret P. Sarulatha memutuskan perkara itu setelah peguam dari pihak LHDN, Nurulsheeda Mohd Yahaya berkata pelakon itu telah pun menjelaskan pembayaran cukai pendapatan yang tertunggak selama ini.
Dalam masa yang sama, Sarulatha juga membenarkan permohonan LHDN bagi membatalkan waran tangkap yang pernah dikeluarkan terdahulu ke atas Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, pada 12 April lepas kerana gagal menghadirkan diri ke mahkamah.
LHDN dalam satu kenyataan sebelum ini, berkata, Nelydia menghadapi lima pertuduhan gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, yang mengkehendaki beliau mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran iaitu bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.
Dalam masa yang sama, Nelydia turut menghadapisatu lagi pertuduhan iaitu gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1976, bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.
Jika sabit kesalahan, nelydia boleh dihukum mengikut seksyen 120(1)(a) akta sama yang boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM200 dan tidak lebih RM20,000 atau boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali. -BERNAMA