Zasssssss!! Bunyi tarikan wax yang memuaskan, menyakitkan dan menakutkan. Siapa disini pernah buat bikini wax? Bikini wax adalah rutin membuang bulu sekitar bahagian kemaluan dan punggung. Pada anda yang teringin melakukannya tapi merasa malu untuk menayang privasi anda kepada orang asing. Nah, jangan risau terapkan dalam minda mereka adalah golongan yang profesional untuk memberi servis yang terbaik.
Terdapat banyak kelebihan anda membuang bulu secara wax daripada bercukur, kulit sekitar bahagian tersebut lebih lembut, bulu baru yang tumbuh lebih halus dan teknik ini menjamin semua bulu ditanggal. Keburukan? Anda akan mengalami proses yang sedikit menyakitkan. Sikit jelah…
Dari pengalaman penulis sendiri, sakit yang dikatakan itu hanya selepas gel wax ditarik. Tak sampai seminit pun rasa sakit hilang dan lama-kelamaan anda mula rasa okay dan menikmati proses lebih selesa. Jika anda mendapat khidmat juru kecantikan yang profesional, mereka bijak untuk menenangkan anda.
Nak pergi buat bikini wax? Pastikan anda bersedia dengan beberapa perkara berikut:
#1 Mandi terlebih dahulu sebelum ke salon.
#2 Pakai seluar yang longgar, elakkan jeans ketat.
#3 Pastikan bulu anda sekurang-kurangnya panjang 1/2 inci (14-17 hari).
#4 Pilih servis hard wax berbanding soft wax. Hard wax menggunakan gel wax yang lebih tebal dan mengurangkan rasa sakit.
#5 Lap bahagian vagina anda dengan tisu basah yang diberikan.
#6 Tenangkan diri dan positif sepanjang sesi waxing.
Tidak sampai satu jam, sesi tamat! Hasilnya kulit dibahagian vagina anda lembut umpama kulit bayi! Tak percaya? Sila lakukannya…
Jangan lupa juga untuk baca: