Bagi anda yang sentiasa sibuk memuji-muji kulit mulus aktres Korea, tahukah anda memang sentiasa bekerja keras untuk mendapatkan kulit wajah yang berseri. Bukan mudah dengan ke klinik kecantikan, mereka mengamalkan rutin kebersihan wajah dua kali ganda dari yang biasa anda semua lakukan. Salah satunya dengan teknik double cleansing.
Kenapa?
Cucian double cleansing sesuai untuk anda yang selalu mengenakan solekan atau seharian dengan solekan tebal. Rupanya cucian wajah yang biasa tidak membersihkan wajah secara menyeluruh kerana masih lagi terdapat sisa solekan yang melekat dan tersumbat dalam liang pori.
Bagaimana?
Apa yang perlukan dua jenis pencuci muka iaitu dari jenis minyak/oil cleansing dan pencuci muka buih/biasa/liqiud cleansing.
Minyak/oil cleansing – untuk menanggalkan segala sisa solekan dan kotoran pada kulit wajah
Biasa/liquid cleansing – jenis gel, krim atau apa sahaja khas untuk mencuci lebih dalam dan sebagai langkah terakhir dalam membersih. Khas untuk membasmi bakteria, kulit mati dan kotoran yang tertinggal.
Setelah anda menanggalkan solekan dengan makeup remover, mulakan cucian muka dengan pembersih muka jenis oil cleansing. Bilas muka seperti biasa dan cuci muka anda dengan pencuci muka biasa anda.
Rules?
Rejim kebersihan ini sebenarnya amat sesuai untuk mereka sering bersolek tebal. Namun ianya tidak harus dilakukan untuk setiap pagi dan malam. Wanista sarankan anda untuk menggunakan teknik ini pada sebelah malam atau cukup sekali sehari. Jika terlampu bersih, takut berlaku iritasi pula pada kulit. Pastikan anda ambil masa yang lebih untuk menghasilkan kulit yang sihat bebas dari kotoran.
Amalkannya untuk hasil solekan tahan lama, sebab apabila kulit anda bersih..solekan jadi tahan lama dan masalah makeup crack pun kurang.
Selamat mencuba!