Hari Raya adalah masa untuk bergembira, namun, dengan kos sara hidup yang tinggi, ada menimbulkan keresahan pada para ibu kerana perlu memikirkan cara berbelanja secara berhemah untuk membeli keperluan perayaan seperti makanan, pakaian dan perhiasan untuk sambutan setahun sekali ini.
Kimball, jenama produk kulinari yang terkenal dengan sos, sos spageti, pasta dan lain-lain memahami cabaran yang dialami oleh para ibu untuk menganjurkan rumah terbuka Raya yang semakin mahal.
Oleh itu, Kimball telah bekerjasama dengan Chef Rohani Jelani untuk mencipta menu ‘Sajian Bijak Raya Kimball’, bagi memperkenalkan cara bijak untuk mengadakan jamuan Hari Raya tanpa menggunakan bajet yang tinggi. Dengan hanya bajet RM100, menu lima hidangan Raya Kimball terdiri daripada dua pembuka selera; dua hidangan utama dan satu pencuci mulut yang dapat memenuhi selera lapan orang.
Demonstrasi masakan ‘Sajian Bijak Raya Kimball’ yang memaparkan hidangan yang bertaraf restoran dengan hanya RM100, telah dianjurkan bersama pengacara televisyen popular, Raja Azura (Kak Engku) dan Chef Rohani baru-baru ini.Semua Resepi-resepi Sajian Bijak Raya Kimball dicipta menggunakan produk-produk berkualiti Kimball.
Menurut Pengurus Kategori Campbell Soup Southeast Asia Sdn. Bhd., Cik Tania Lee, Kimball amat memahami bahawa dengan kos hidup sara yang meningkat, ibu-ibu terpaksa mencari cara lebih efektif bagi memaksima nilai setiap sen yang dibelanjakan dalam persediaan menyambut hari raya.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ‘Sajian Bijak Raya Kimball’ atau pelbagai resepi-resepi Kimball yang mudah, menjimatkan dan ringkas, sila lawati laman web mereka di pautan http://www.kimball.com.my/, atau ikuti laman Facebook di pautan https://www.facebook.com/KimballMalaysia/ bagi mendapatkan lebih banyak kemas kini serta maklumat mengenai produk-produk Kimball, selain panduan bagaimana mahu memaksimakan keenakan masakan menggunakan ramuan-ramuan ringkas yang boleh diperolehi di rumah dengan harga yang berpatutan.