Thursday, April 15, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home News

Helah Beg Kepit Puteri Diana Terbongkar

by Afiqah Syamin
May 30, 2017
25
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Puteri Diana memang tak boleh lari dari gayanya yang menawan sebagai seorang ikon yang sering menjadi titik tumpuan umum. Drai dress yang digayakannya sehinggalah teknik solekan dan aksesori yang dibawanya, semuanya bersifat sofistikated dan tersendiri.

Foto -Getty Images

Namun, jika anda gemar mengikuti perkembangan trend semasa fesyen yang digayakan Puteri Diana ini, anda pasti akan perasan bahawa beliau akan menggenggam beg kepit sebagai peneman gaya walau apa sahaja majlis korporat yang dihadirinya.

Foto -Tim Graham/Getty Images

Walau bagaimanapun, hakikatnya beg kepit yang dirangkulnya itu bukanlah sebagai pelengkap gaya semata-mata… ada tujuan lain mengapa dia gemar membawa bersama item fesyen tersebut. Lebih-lebih lagi apabila memegang status sebagai seorang Puteri yang disanjung ramai!

Foto - New York Post

Selebriti Tiru OOTD Ikonik Puteri Diana, Okay Ke Atau Biasa-Biasa

March 10, 2021
Foto - Bagaholic

Oh Rupanya Beg Tangan Lady Dior Dinamakan Sempena Puteri Diana

January 21, 2021

IKLAN

Foto -Tim Graham/Getty Images

Pabila dia memakai gaun atau dress yang memiliki potongan leher rendah, dia sering kali merangkul beg kepit dekat dengan dadanya untuk menutupi lurah seksi di bahagian tersebut. Hmm… biasalah, apabila sering menjadi perhatian, tata cara juga haruslah dijada kan?

Foto -Getty Images

Anya Hindmarch, pereka terkemuka British yang sering berhadapan dengan Puteri Diana sekitar tahun 90an berkata bahawa ikon fesyen tersebut sering melawati butik Hindmarch untuk mencari clutch yang disukainya sehinggakan mereka berdua mempunyai terma spesifik untuk tas tangan kegemaran Diana itu: cleavage bags (beg lurah).

Foto -Getty Images

“Kami sering tertawa sewaktu kami mereka tas yang dia gelar “cleavage bags”, tas tangan clutch satin yang dia sering gunakan untuk menutup lurah dadanya tiap kali dia melangkah keluar daripada kereta,” terang Hindmarch.

Foto -Getty Images

Menurut portal berita The telegraph, Puteri Diana merupakan antara pelanggan pertama Hindmarch selepas dia membuka butik pertamanya di Chelsea pada tahun 1993. Hindmarch menggambarkan Diana sebagai seorang pelanggan yang sangat setia dan dia sering ke butik Hindmarch tanpa sebarang pengawalan.

SUMBER

Tags: fesyen beg kepit puteri dianafesyen puteri dianahelah beg kepit puteri dianaikon fesyen puteri dianaputeri dianastail fesyen puteri diana
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Makan Sebiji Epal Setiap Hari Boleh Beri Kulit Glowing?

Juadah Rare Yang Hanya Ada Masa Bulan Puasa Saja, Semua Sedap!

Tak Payah Oven, Guna 6 Bahan Dah Boleh Jadi Pizza Paling Sedap!

Cantik Kaftan Dress Di Kedai Ini, Sesuai Pakai Masa Puasa Dan Raya

Susah Betul Nak Tidur, Cuba 5 Resepi Susu Panas Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.