• Latest

Nikmati Pengalaman Buka Puasa Di Kaki Langit, BABE Mempersona

May 31, 2017
Foto - Amazon

Macam Pelik, Tapi Kenapa Ada Orang Alahan Tomato

March 5, 2021
Foto - Mira Zainal (Facebook)

Wanita Kongsi 11 Tips Elak Terkoyak Ketika Bersalin

March 5, 2021
Foto - FB Koreathai

Syurga Shopping Myeondong Kini Jadi Bandar ‘Berhantu’ Sejak Covid-19

March 5, 2021
Foto - iStock

Paling Best Kalau Tengah ‘Sendu’ Dengar 13 Lagu Ini

March 5, 2021
Foto - Pinterest

Stail Rambut Sesuai Untuk Muka Bulat, Ikut Cara Selena Gomez

March 5, 2021
Foto - Đỗ Quyền (TikTok/ Facebook)

Lelaki Vietnam Habiskan RM70K Tukar Rupa Gara-Gara Bakal Majikan ‘Hina’

March 5, 2021
Foto - Pinterest

Meja Kopi Kamu Lagi Cantik Kalau Deko Macam Ini

March 4, 2021
Foto - Pinterest

Nampak Natural Dengan Guna 5 Cream Blush Yang Best Ini

March 4, 2021
Foto - Marriage Radio

5 Tanda Sebenarnya Kamu Seorang ‘Kaki Kontrol ‘

March 4, 2021
Foto - The Mirror

6 Buah Baik Untuk Melancarkan Buang Air Besar

March 4, 2021
Foto - Pinterest

Wajib Tengok 7 Filem Seram Jepun Yang Ini, Sumpah Takut!

March 4, 2021
Foto - Instagram

Miliki Body Seksi Model Emily Ratajkowski Dengan Cara Ini

March 4, 2021
Saturday, March 6, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Review - Makanan

Nikmati Pengalaman Buka Puasa Di Kaki Langit, BABE Mempersona

by Afiqah Syamin
May 31, 2017
25
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai yang agak bosan bila teman-teman mengajak untuk berbuka puasa di hotel-hotel. Sudahlah kadang kala sesak kerana harus merebut hidangan dengan tetamu lain, suasana juga agak hingar-bingar membuatkan anda tanpa berfikir panjang terus menolak tawaran tersebut bahkan berasa lebih selesa untuk berbuka secara tertutup di rumah bersama yang tercinta. 

Percaya atau tidak, kuah berwarna merah jambu ini telah diterap dengan perisa yang pelbagai seperti kuah dhal roti canai serta nasi ayam.

Babe, sebuah restoran pub yang juga dikenali sebagai Japas Fine Dining ini diasaskan oleh seorang Chef berkaliber yang pernah diiktiraf dengan Michelin Star, sering sahaja menjadi tumpuan pengujung dari serata daerah tempatan malah juga dari luar negara untuk menikmati hidangan gabungan ala Jepun.

Hiasan dalaman kedai sememangnya eksklusif membangkitkan aura mewah bersahaja.

Lebih menarik, sepanjang bulan Ramadhan ini, Babe mengambil langkah proaktif dengan menyediakan 12 hidangan menarik, istimewa dicipta untuk pengujung Muslim yang mahukan sesuatu kelainan -menikmati hidangan mewah yang dimasak segar oleh Chef Jeff Ramsay dalam olahan idea berseninya yang tersendiri.

Sumber: Hungry Onion

Setiap satu hidangan mempunyai rasa fusion unik yang mampu membuat tekak anda gembira!

Minuman halia menyegarkan. Foto -Arkib Wanista

#1 Foiegras and Jackfruit  [⭐️⭐️⭐️⭐️]

Untuk pengetahuan semua, penulis bukanlah pemakan organ binatang seperti hati dan limpa. Namun untuk hidangan rangup berperisa seperti popia berinti nangka yang kemudiannya dimakan bersama hati itik disira empuk ini umpama melahirkan satu rasa magis.   

Langsung tidak berasa muak mahupun hanyir, ia bertepatan sebagai pembuka selera yang mampat dengan aneka perisa eksentrik.

#2 Onsen Chowder Warm  [⭐️⭐️⭐️]

Ini mungkin bisa menjadi alternatif kepada bubur lambuk yang sering dibeli di bazar, rasanya menggabungkan keserasian isi kentang rebus yang dikisar halus kemudian dicampur dengan telur sehingga menjadi pes mousse enak.

Daun herba chives secara tidak langsung bantu mematikan rasa hanyir telur manakala atasnya ditabur pula dengan emping kelapa rangup untuk kenikmatan berganda. 

#3 Laksa Injection Canapè  [⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️]

Hello peminat udang! Ini adalah antara hidangan ringan pembuka selera pilihan penulis. Cara makannya juga unik di mana udang perlu terlebih dahulu dimasuk ke dalam mulut sebelum memicit tiub yang berisi kuah laksa berkenaan. Rasanya memang enak tak terkata! Stail habis kan? 

#4 Mango and Curry Sphere  [⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️]

Ajaibnya bebola yang kelihatan seperti kuning telur ini.

Sebaik disuap ke dalam mulut, bebola ini akan meletus sekaligus mengeluarkan jus berperisa mangga masam dan manis yang disertai rempah kari sebagai selingan menarik sebelum menikmati hidangan seterusnya! 

#5 Crispy Chicken Terrine40+ [⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️]

Hidangan ini diadaptasi dari teknik masakan Cina. Ia sebenarnya adalah lapisan kulit ayam rangup yang dilapis sehingga membentuk tekstur ketebalan yang diingini sebelum disira dengan sos barbeku istimewa. Sedapnya buat anda terpejam-pejam mata saat menikmati kerangupan yang diseri dengan rasa sos manis dan masin itu. 

#6 Marinated Roast Kabayaki Ikan Keli  [⭐️⭐️⭐️⭐️]

Buat anda yang tak lalu makan ikan keli kerana geli akan bentuk kepalanya itu, anda patut mencuba hidangan istimewa berasaskan kepingan ikan keli yang telah digril rangup ini. Teksturnya tak ubah seperti keropok lekor nipis. Ia kemudian dicicah bersama pes avokado berempah… Yum!

#7 Prawn and Curry Leaf Ice Cream [⭐️⭐️⭐️]

IKLAN

Ais krim selalunya berperisa buah-buahan tetapi lain pula konsep yang cuba diketengahkan Chef Jeff Ramsay di Babe Restaurant. Jom pekena ais krim savouri yang dirembes dengan aroma daun kari serta rasa udang ni. Mungkin sesuatu yang baru untuk dicuba?

#8 Manga Crab  [⭐️⭐️⭐️]

Hidangan ini mungkin nampak menarik untuk sesetengah orang… namun penulis agak kurang senang dengannya.

Penulis hanya mampu memakan ketam begitu sahaja tanpa sos leleh berkenaan. Rasa sos agak kuat. Rasanya bersitrus… sedikit masam dan tidak berapa sedap dilidah penulis. Mungkin kerana digabung dengan ketumbar.

#9 Snow Crab Donburi with Sambal [⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️]

OMG! Jika tadi penulis menolak hidangan ketamnya kerana sos yang agak kuat perisanya tetapi hidangan ketam yang ini tersangatlah buat hati penulis girang.

Persis hidangan Melayu, ia adalah nasi Jepun yang dicampur dengan isi ketam serta sambal!

#10 Smoked Chicken Percik  [⭐️⭐️⭐️⭐️]

Hidangan istimewa untuk mereka yang sukakan ayam panggang! Terbaik! 

#11 Stranbroke Farms Striploin with Japanese Sambal [⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️]

Hidangan paling mewah dalam turutan menu buka puasa di Babe Restaurant ini, kiub daging berjus empuk ini dimasak atas dapur arang tahu? Tak nak cakap banyak, memang mengancam buat sesiapa yang suka hidangan ala Jepun dan Korea! 

#12 Dinosaur Egg [⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️]

Pemanis mulut ini bagai mengundang anda untuk masuk ke dunia lain… Pecahkan cengkerang telur dan nantikan kejutan enak yang ada di dalamnya!

Harga yang ditawarkan untuk 12 menu hidangan buka puasa sensasi ini adalah RM300 seorang. Alami pengalaman indah sepanjang malam sambil melihat latar langit senja serta bangunan pencakar langit cantik saat menikmati sajian lima bintang.

Untuk keterangan lanjut berkenaan Babe, sila layari [babe.com.my] atau lawat Instagram rasmi Babe Gastro di [www.instagram.com/babegastro]. Tempoh promosi menu perayaan ini adalah sehingga 30 Jun depan.

Tempahan boleh di buat secara atas talian di [www.tableapp.com/partner/babe-damansara-heights] atau terus hubungi +603-2095 8599.

Alamat: 11th Floor, Work@Clearwater, Changkat Semantan, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur.

Tags: Babe Gastronomybuka puasachefHidangan FusionJeff Ramsaykuala lumpurmakananmenu buka puasaMichelin StarRamadhan 2017Restoran Lima Bintangreview
Share1Tweet1Send

TRENDINGMINGGU INI

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

Nikmati Pengalaman Buka Puasa Di Kaki Langit, BABE Mempersona

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Netizen Kongsi Air Starbucks Sedap, Berbaloi Beli Walaupun Mahal

Jawab Soalan Temuduga Dengan 15 Jawapan Ini Supaya Majikan Terpikat

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.