Jus berwarna hijau memang tak semua orang sanggup minum, rasa yang agak memualkan tekak setiap kali diteguk. Ada yang sampai menangis, berkerut setiap kali mahu menghabiskan jus hijau tetapi tahukah anda terdapat banyak kebaikannya jika anda amalkan jus ini. Contoh terbaik adalah Jus Bayam.
Untuk pengetahuan anda, kandungan nutrisi dalam jus bayam tidak hanya memberi manfaat positif untuk kesihatan tubuh sahaja tetapi juga bermanfaat untuk kecantikan kulit wanita. Maka dengan itu, anda perlu mengambil jus bayam setiap hari agar mendapatkan kulit yang cantik dan berseri.
1. Jerawat – Jus bayam mempunyai manfaat yang sangat baik untuk mengempiskan dan menghilangkan jerawat dari kulit wajah. Bagaimana caranya? Dengan hanya meletakkan jus bayam pada wajah yang berjerawat dan biarkan selama 15 hingga 20 minit. Setelah itu, bilas dengan air sejuk sehingga bersih. Jus bayam dapat menghilangkan kotoran dan minyak berlebihan di wajah yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengamalkan minum jus bayam setiap hari, anda hanya perlu menambah tomato dan lobak merah ke dalam jus. Bayam, tomato dan lobak merah mampu menghilangkan jerawat dan menangkis jerawat di wajah.
2. Anti-penuaan – Bayam yang kaya akan antioksidan bermanfaat untuk menangkal radikal bebas di wajah anda yang boleh menyebabkan penuaan awal. Selain itu, mengambil jus bayam juga dapat membuat kulit anda lebih bersinar dan terhindar dari kerutan yang boleh membuat wajah anda kelihatan lebih tua.
3. Melindungi dari sinaran matahari – Selain untuk mengatasi jerawat dan penuaan awal, jus bayam juga bermanfaat untuk melindungi kulit anda daripada pendedahan cahaya matahari. Jus bayam yang mengandungi vitamin B kompleks yang dapat menyuburkan dan melindungi kulit anda dari bahaya sinaran matahari yang berlebihan.
4. Perbaiki kulit – Jus bayam mengandungi vitamin A dan C yang bermanfaat untuk meningkatkan pertumbuhan sel-sel pada kulit. Hal tersebut dapat membuatkan kulit jadi lebih sihat, bercahaya dan lembut. Konsumsilah jus bayam secara berkala untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
Kalau anda tak boleh minum jus bayam, anda mungkin boleh cuba jus hijau resepi supermodel Miranda Kerr.
Selamat Mencuba!