Illumination Entertainment dan Universal Pictures yang membawa anda semua ke pengembaraan Despicable Me dan hits animasi terbesar tahun 2013 dan 2015, Despicable Me 2 dan Minions, kembali untuk meneruskan kisah perjalanan Gru, Lucy, bersama-sama dengan anak-anak perempuan comel, Margo, Edith dan Agnes dan semestinya Minions.
Melihat pada trailer sahaja, kita sudah dapat lihat bertapa filem ini bakal menghiburkan keluarga apatah lagi kanak-kanak kecil yang terus mengikuti siri animasi ini.
Sebelum itu apa kelainan yang akan ditampilkan dalam Despicable Me 3? Dan bagaimana pengembaraan antara keluarga ini?
Ini sinopsisnya;
Gru bertemu dengan penjahat baru iaitu Balthazar Bratt, bekas bintang kecil pada tahun 80an yang kini merancang untuk menakluk dunia. Tetapi bukan itu sahaja masalah Gru, kembarnya yang tidak diketahuinya, Dru, yang merupakan seorang yang lebih kacak, gembira dan berjaya, tiba-tiba kembali dalam hidupnya. Dru merancang untuk mengajak Gru menyertai rancangannya untuk mencuri berlian yang dicuri oleh Bratt.
Dah baca sinopsis, dah tonton trailer, tiket pula bagaimana? Baiklah, Wanista sangat berbesar hati nak beri 20 pas percuma menyaksikan pratonton filem animasi Despicable Me 3 yang akan berada di pawagam pada 15 Jun 2017 ini.
Filem : Despicable Me 3
Tarikh : 14 Jun 2017
Masa : 9.00 malam
Lokasi : GSC 1 Utama Shopping Centre
Tapi sebelum itu, anda pembaca Wanista kena menjawab soalan mudah seperti berikut;
- Namakan produksi yang membawa filem hits animasi Despicable Me dan Minions?
Syarat pernyataan:
1. Like Facebook Wanista MY dan follow Instagram @wanistadotcom *klik pada pautan merah.
2. Peraduan ini hanya sah dari 7 Jun 2017 sehingga 13 Jun 2017.
3. Sertakan sekali maklumat peribadi seperti Nama Penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor Kad Pengenalan, Alamat Rumah dan Nombor Telefon Bimbit dan hantarkan ke emel [email protected] dengan tajuk ‘Despicable Me 3’.
4. Seorang hanya boleh menghantar SATU penyertaan. Wanista akan memilih pemenang yang memberi jawapan paling tepat.
5. Pemenang dikehendaki datang menuntut pas menonton Despicable Me 3 pada 14 Jun 2017 jam 9 malam di GSC 1 Utama Shopping Centre.
Apa tunggu lagi, sertailah sekarang!