Seorang lelaki warga Singapura terpaksa memanggil bantuan polis dan pihak Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) selepas rumahnya diceroboh masuk oleh seekor kucing. Harris Abu Bakar cuba menghalau kucing hitam tersebut selama dua jam, namun ia berkelakuan sangat agresif sehingga cuba mencakarnya.
Dia buntu dan pelik bagaimana kucing itu dapat memasuki rumahnya, walhal dia sudah menutup dan mengunci semua tingkap dan pintu. Perkongsian Harris mengenai tragedi itu dilaman Facebook telah mendapat lebih dari seribu perkongsian semula.
Harris yang mengalami kecederaan pada lengan dan pergelangan tangan baru-baru ini tinggal seorang diri. Dia tidak mampu untuk menguruskan kucing garang dan terpaksa memanggil pihak berkuasa.
Beberapa anggota polis dan SCDF cuba menangkap kucing itu tetapi haiwan berkenaan berjaya keluar dari rumah dan terus menghilangkan diri.