Saban tahun, bulan berganti bulan, tatkala Ramdhan pasti ramai yang mengambil peluang ini untuk membuat persiapan Aidilfitri. Bak kata orang, lebih meriah jika membuat persiapan di saat akhir walau hakikatnya agak mencelarukan keadaaan.
Berikutan industri fesyen Malaysia yang semakin maju, banyak sekali jenama-jenama pakaian yang muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Pabila tibanya musim raya, lebih banyak jugalah pilihan yang ditawarkan agar pengguna bisa membuat pilihan mengikut cita rasa dan menfikut bajet masing-masing.
Jika dilihat dari sudut trend pula, rata-rata lelaki jarang bertukar Baju Melayu setiap tahun. Bak kata orang, kebanyakkan lelaki yang telah berkeluarga terutamanya lebih mendahulukan isteri dan anak-anak. Betul ke? Tapi, takkanlah tak mahu berbaju baru langsung kan?
Tidak seperti dahulu kerana selain menempah, lelaki juga telah bisa memiliki sepasang persalinan lebaran berkualiti pada harga yang sangat berpatutan berikutan industri fesyen Malaysia yang telah semakin maju dan mendapat sambutan ini.
Oleh itu, hari ini Wanista hendak berkongsi dan memberi inspirasi kepada anda serta para pembaca lelaki sekalian, dari manakah anda boleh mendapatkan koleksi persalinan lebaran khusus untuk si pria bergaya yang ditawarkan pada harga berpatutan. Bahkan menariknya, ada di antara jenama-jenama Baju Melayu yang dinyatakan di bawah ini menyediakan servis penghantaran terus ke rumah melalui kurier. Lebih mudah kan? Jom sama-sama kita teliti.
#1 Zalia Homme [BELI]
Rekaan Zalia Homme ni berlandaskan eksklusiviti. Jadi, kalau anda nak teman lelaki atau suami anda bergaya sakan ala hero filem Bollywood… bolehlah beli.
#2 Aere [BELI]
Ringkas dan sangat elegan. Bila pakai macam ni, senanglah nak jaga budak wahai para suami sekalian.
https://www.instagram.com/p/BU3XPAdFbl6/?taken-by=aere&hl=en
https://www.instagram.com/p/BU6vJT9Fl-9/?taken-by=aere&hl=en
#3 Anuar Faizal [BELI]
Siapa lagi kalau bukan Anuar Faizal yang kreatif dengan rekaan Baju Melayu ala hipster! Warna Ungu dan oren ni memang mengancam.
#4 Qierahman [BELI]
Ni buat mereka yang ada anak teruna tu, eloklah pakai baju melayu macam anak Que Haidar tu. Nak syorkan kat adik-beradik lelaki korang pun okay juga. Sebabkan fabrik dia yang ala-ala satin tu, elok sangat untuk orang muda pakai!
https://www.instagram.com/p/BU1X5SLBVdy/?taken-by=qierahman_&hl=en
#5 Eddymohaizz [BELI]
OMG cantik sangat kurta songket ni! Memang gadis-gadis ayu pandang tak berkelip lah jawabnya!
#6 Rizman Ruzaini [BELI]
Siapa kata Rizman Ruzaini hanya tahu reka baju untuk perempuan… Lelaki pun boleh okay! Yang penting, logo Rizman Ruzaini yang terpampang jelas kat bahagian sisi dada tu. Biar terbeliak semua orang tengok 😛
#7 Elrah Exclusive | Fattah Amin [BELI]
Hmm… ni confirm ramai yang nak ni. Inspirasi dari Hero Malaya kot!
#8 Jakel [BELI]
Jakel bawa kelainan… ada pilihan untuk mereka yang berbadan besar ditawarkan sehingga saiz 5XL untuk Koleksi Harith Iskander! Yang penting, koleksi lebaran Jakel ni semuanya pakat mampu milik, siap percuma sampin katanya.
#9 Rizalman for Zalora [BELI]
Potongan baju yang sengaja dibuat lebih panjang daripada baju melayu normal mampu membangkit aura eksentrik manakala, jubah/kurta labuh dengan belahan tepi berlengan pendek pula mampu memaparkan sifat maskulin sejati.
#10 MurzaMan [BELI]
Lain daripada yang lain, rekaan kurta dengan padanan seluar yang berpotongan skinny ini pasti menjadi pilihan para lelaki hip!
#11 Feeq Exclusive [BELI]
Feeq menyediakan pilihan bermutu yang tak lari dari perincian tradisi teluk belanga.
#12 Bak Tailor [BELI]
Tak lari dari rekaan tradisi yang selesa dipakai semua.
#13 Adrianna Yariqa [BELI]
Fun and funky! Untuk lelaki-lelaki urban yang suka berfesyen.