Bila tibanya haid atau datang bulan, emosi anda pasti akan turun dan naik, menjadi tidak menentu, tiba-tiba rasa sedih, malas, nak marah, penat dan pelbagai lagi gejala PMS. Tetapi paling stress apabila perut rasa kram sehingga membuatkan anda rasa tidak selesa. Ada sesiapa pernah alami sakit kram? Biasanya apa yang anda akan lakukan? Terus berjumpa doktor? Urutan ringan? Ubat tradisional?
Baca: 8 cara mengurangkan rasa sakit senggugut semasa menstruasi/haid
Anda pernah tak cuba petua menggunakan buah betik? Ya, buah betik.
Anda boleh cuba mengambil betik untuk mengurangkan rasa kejang. Betik kaya dengan karotena, zat besi, kalsium dan vitamin A dan C yang membantu menenangkan dinding rahim dan otot-otot saat menstruasi. Ada baiknya untuk mengambil betik secara teratur sebelum dan semasa datang bulan. Dengan ini rasa kram akan mula berkurangan.
Selain itu, anda ljuga disyorkan untuk minum banyak air putih agar tubuh tidak dehidrasi. Jika kram ini tetap tidak hilang, maka pergi berjumpa degan doktor untuk mendapatkan rawatan susulan.
Baca: [Info Kesihatan] Tips Kurangkan Sakit Perut Di Awal Pagi
Semoga maklumat ini bermanfaat kepada semua!