Marilyn Monroe, adalah salah seorang selebriti paling ikonik sepanjang zaman. Terkenal dengan rambut platinum blonde dan gincu merah, siapa sangka tanggal 1 Jun merupakan ulang tahun beliau yang ke-91. Bagaimanapun, tidak semua orang tahu bagaimana beliau kelihatan sebelum menjadi terkenal dan kebanggaan negara Uncle Sam.
Dilahirkan sebagai Norma Jeane Mortenson (nama sebenar), Monroe mempunyai kehidupan yang sangat tragik. Berpindah dari satu rumah angkat ke rumah angkat, melalui pengalaman dramatik sehingga didera secara seksual. Monroe berkahwin di usia enam belas tahun tetapi itu tidak membawa kebahagiaan pada dirinya.
Segala-galanya berubah pada tahun 1944 apabila Monroe bekerja di sebuah kilang tentera di mana beliau telah diperkenalkan dengan seorang jurugambar dari U.S. Army Air Force’s First Motion Picture Unit. Hubungan ini mendorong kepada permulaan kerjaya seninya sebagai model sambilan dan akhirnya membawa kepada kontrak filem seperti Twentieth Century Fox dan Columbia Pictures.
Tidak lama kemudian beliau berjaya menjadi salah seorang bintang paling besar di Hollywood tetapi siapa sangka kemasyuran yang dimilikinya membawa kepada kemusnahan apabila Monroe bertindak membunuh diri pada tahun 1962.
Sehingga kini beliau dikenang sebagai ikon pop culture dan simbol seks tetapi asal usulnya beliau hanyalah gadis biasa sahaja yang punyai cita-cita cukup tinggi.
Jom lihat wajah cantik semula jadi Norma Jeane Mortenson sebelum menjadi Marilyn Monroe.
April 1927 – Ketika 10 bulan
1931 – Norma Jeane Mortenson ketika berusia 5 tahun.
1940 – Di usia 14 tahun.
1941 – Gambar terakhir sebagai gadis bujang, ketika ini berumur 15 tahun.
19 Jun 1942 – Di usia 16 tahun, Norma Jeane Mortenson melangsungkan perkahwinan dengan James Dougherty.
1942 – Norma Jeane Dougherty bergambar untuk potret perkahwinan.
1945 – Ini merupakan gambar editorial pertamanya sebagai model.
1945 – Beliau berhenti kerja di kilang dan terus menjadi model sepanjang masa.
1945 – Salah satu gambar beliau setelah bergelar model.
Sekitar 1945 – Antara koleksi gambarnya.
Sekitar 1945 – Norma Jean ketika di ambang kerjayanya sebagai seorang model.
1945 – Norma Jeane mula intim dengan salah seorang model lelaki. Suaminya, James Dougherty sangat tidak bersetuju dengan kerjaya baru isterinya. Kurang daripada setahun selepas gambar ini diambil, perkahwinan mereka gagal dan bercerai.
1945 – Norma Jeane bergelar ‘Sweater Girl’ kerana menjadi pilihan ramai jurugambar.
1945 – Bergambar seksi di kolam renang.
Sekitar 1945 – Bergambar seksi berbikini merupakan signature style beliau.
1946 – Menjadi muka depan untuk ‘The Family Circle’ – antara majalah hebat di USA ketika itu.
1946 – Sekitar gambar beliau beraksi di depan kamera. Kecantikan semula jadi yang dimilikinya membuatkan ramai terpana malah liuk lentok manja beliau cukup menghiburkan.
Monroe menjadi salah seorang bintang filem paling popular pada 1950-an dan awal 1960-an. Beliau cenderung mendapat peranan yang serius dan namanya berjaya menyaingi penghibur lain pada masa itu.
Sehingga kini, beliau akan sentiasa dikenang.