Media massa kini memberi peranan yang paling kuat dalam menyampaikan laporan dan berita semasa. Semalam, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan perkhidmatan televisyen terestial digital (DTT) myFreeview yang boleh dinikmati secara percuma oleh rakyat. Kini dengan rasminya Malaysia industri penyiaran negara bertukar daripada analog ke sistem digital dalam usaha kerajaan menyediakan khidmat penyiaran televisyen dan radio terbaik untuk rakyat.
Sehubungan itu, Najib mengumumkan 4.2 juta dekoder percuma untuk diagihkan kepada mereka yang layak termasuk golongan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Bilangan itu merangkumi 2.2 juta set dekoder percuma sumbangan kerajaan sebagai tambahan kepada dua juta set dekoder yang diperuntukkan MYTV Broadcasting Sdn Bhd, syarikat yang dilantik untuk mengendalikan infrastruktur dan kemudahan rangkaian DTT.
Bilangan itu merangkumi 2.2 juta set dekoder percuma sumbangan kerajaan sebagai tambahan kepada dua juta set dekoder yang diperuntukkan MYTV Broadcasting Sdn Bhd, syarikat yang dilantik untuk mengendalikan infrastruktur dan kemudahan rangkaian DTT.
Malaysia merupakan negara yang mengambil pendekatan menyediakan dekoder percuma untuk rakyatnya terutamanya bagi mereka yang memerlukan bantuan. Program myFreeview adalah Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional yang bakal membolehkan kerajaan meraih pulangan dividen digital dengan pelepasan spektrum yang diguna pakai oleh penyiaran TV analog selama ini. Najib menjelaskan spektrum tersebut akan diperuntukkan semula bagi tujuan perkhidmatan komunikasi moden yang lain seperti menambah baik rangkaian selular dan perkhidmatan jalur lebar mudah alih berkelajuan tinggi.
Siaran myFreeview menawarkan semua saluran TV terestrial percuma sedia ada iaitu TV1, TV2, TVi, TV3, ntv7,8TV,TV9, TV AlHijrah dan Bernama News Channel (BNC) dalam kualiti digital dan banyak lagi saluran TV serta perkhidmatan interaktif bakal diperkenalkan kelak.
Bagi menikmati siaran digital, orang ramai hanya perlu mendapatkan alat penerima, iaitu dekoder MYTV (jenis DVB-T2) yang kini boleh didapati di kedai-kedai elektronik di seluruh negara, dan disambungkan kepada set televisyen.
Layari https://www.myfreeview.tv/ untuk maklumat lanjut.