Mili Hernandez adalah seorang pemain bola sepak berbakat besar dan kanak-kanak perempuan ini hanya berusia 8 tahun tetapi sudah bermain bersama pasukan dengan kanak-kanak lain lingkungan 11 tahun.
Pasukannya, Azzuri Cachorros telah mara ke pusingan akhir kejohanan di Springfield. Tetapi malang tidak berbau setibanya Mili dan rakan pasukan di sana, pasukan mereka dihantar pula selepas jurulatih mereka mendapat panggilan telefon mengejut; “mereka telah hilang kelayakan kerana seseorang mengadu bahawa Mili adalah seorang budak lelaki.
Mili yang miliki rambut pendek seperti lelaki itu telah bermain bola sepak selama tiga tahun dan tidak pernah menghadapi isu sebegini sebelum ini, jelas bapanya Gerardo Hernandez.
Hernandez sangat kecewa dengan kesilapan itu malah cuba untuk menunjukkan kad kesihatan Mili bagi membuktikan jantina Mili.
“Mereka tidak dapat berbuat apa-apa dengan kesilapan itu,” terang Hernandez lagi.
Mili memberitahu pasukan mereka terkandas semata-mata kerana “mereka fikir saya seorang budak lelaki kerana berambut pendek.”