Beli barang secara atas talian merupakan perkara biasa. Bagaimana kalau barang yang ditawarkan adalah susu ibu?
Demi mendapat pendapatan tambahan, para ibu di China bertindak menjual susu badan mereka sendiri secara atas talian.
Pada masa ini, susu ibu boleh didapati pada platform atas talian di China walaupun pada hakikatnya ia adalah haram. Harga biasa yang untuk susu badan bermula daripada 15 yuan ($ 2.25) hingga 60 yuan ($ 9) bergantung kepada kuantiti susu yang dihasilkan.
Amalan ini dijangka akan menjadi lebih meluas memandangkan permintaan untuk susu ibu terus berkembang. Bahkan, kadar kelahiran di negara ini telah meningkat pada tahun kebelakangan ini. Hanya tahun lepas sahaja, angka itu mencapai tahap tertinggi sejak tahun 2000, hampir 17.9 juta.
Li Xixi dari Chengdu, Wilayah Sichuan, menjelaskan para ibu di China berkebolehan menghasilkan susu badan yang banyak lebih daripada apa yang bayi mereka boleh ambil. Disebabkan itu, daripada membazir, dia lebih suka mencari pendapatan sampingan menjualnya kepada pihak memerlukan.
“Setiap hari, pendapatan dua hingga tiga ratus yuan tidak menjadi masalah,” jelasnya lagi.
Seorang pekerja tempatan yang memperoleh wang tambahan dengan pembrokeran jualan susu ibu untuk orang lain mendedahkan bahawa terdapat ibu-ibu yang boleh mendapat antara 7,000 yuan ($ 1,030) dan 8,000 yuan ($ 1,177) pada bulan-bulan tertentu.
Disebabkan perdagangan susu ibu tidak terkawal, ada yang menyuarakan kebimbangan terhadap penyimpanan susu ibu yang boleh membawa kepada penyakit berjangkit.