Dilaporkan, tarikh perbicaraan Bigbang Top telah ditetapkan oleh mahkamah.
Perbicaraan pertama Top di atas kesalahan penyalahgunaan dadah akan diadakan di Seoul Center Court pada 29 Jun 2017 yang diketuai oleh Hakim Kim Ji Chul.
Baca: Hilang Macho Bigbang Top Bila Didakwa Hisap Ganja
Sebagai tertuduh, Top dikehendaki menghadiri perbicaraan tersebut, walaubagaimanapun, kerana beliau kini masih tidak sedarkan diri, tarikh perbicaraan mungkin akan mengalami perubahan mengikut perkembangan kesihatannya. Semasa perbicaraan pertama, pendakwa raya akan membuat tuduhan, dan peguam akan membuat satu kenyataan.
Ketika ini, semua ahli keluarga Top berada di hospital menantikan perkembangan terbaharunya.
Baca: Disebabkan Skandal Ganja, Wajah Bigbang Top Pada Iklan Dipadam
Terdahulu Top yang sedang mengikuti program latihan ketenteraan telah disingkirkan berkuakuasa serta-merta setelah empat bulan ditugaskan di Pejabat Polis Gangnam Seoul, Korea. Dalam satu laporan, pihak polis mengesahkan bahawa penyingkiran Top dari program ketenteraan itu adalah berdasarkan akta yang pernah ditetapkan berhubung kesalahan melibatkan dadah.