Ada sesiapa di antara anda mengalami keadaan di mana tidak selesa di bahagian payu dara setiap kali menjalani aktiviti lasak? Rasa tidak pasti bra yang mana sesuai untuk aktiviti sukan anda? Kalau anda sedang mencari bra sukan paling sempurna, ini Wanista ada cadangan terbaik untuk anda.
Triaction by Triumph menawarkan penyelesaian muktamad untuk anda; bra ini mampu memberikan sokongan supaya payu dara dapat terletak dengan selesa (tidak menggelebeh) walaupun ketika anda menjalani aktiviti paling lasak sekalipun, kawalan melantun diperakui oleh Research Group in Breast Health, University of Portsmouth.
“Kita tahu semua wanita ingin memakai pakaian sukan mereka ke gimnasium, jalanan mahupun ketika berjumpa kawan-kawan di kafe. Disebabkan itu, kami membangunkan koleksi bra Triaction. Hasilnya sesuai untuk pelbagai jenis sukan, prestasi tinggi, rekaan sempurna dan bergaya yang memberikan wanita kebebasan untuk memakainya pada bila dan di mana sahaja.
“Musim ini kami memperkenalkan teknologi baru yang melihat fesyen memenuhi fungsi yang hebat. Ia menawarkan sokongan wayar tetapi dengan keselesaan tambahan dan fleksibiliti untuk si pemakai,” jelas Sian Thomas, Global Head of Design.
Untuk info lanjut, anda boleh ke Facebook Triumph.