Kecoh beberapa hari ini tentang khabar angin aktress X-Men, Halle Berry dikatakan sedang mengandung. Ini semua kerana dia dilihat sedikit buncit semasa bergambar di karpet merah acara16th Annual Chrysalis Butterfly Ball di Los Angeles.
Halle, 50, terlihat cantik dengan gaun sequin warna perak dan beraksi baik dihadapan kamera. Namun apa yang menjadi tumpuan ialah gaya gambar Halle yang meletakkan tangannya di keliling perut seolah-olah dia sedang mengusap ‘bayi’.
Mungkin rimas dengan dakwaan mengandung tersebut, Halle Berry kemudian memuatnaik gambar di Instagram bersama kaspyen “Can a girl have some steak and fries?” – “Bolehkah seorang perempuan ingin beberapa stik dan kentang goreng?”
Rupanya Halle bukanlah buncit disebabkan pembawakan bayi tapi dia hanya buncit kerana mengambil hidangan yang banyak semasa acara tersebut. Malah wakilnya juga menolak dakwaan tidak berasas itu.
Memang kelas cara Halle menutup khabar angin itu dan yang paling menarik Halle tidak malu menayang perut buncit.