Monday, August 2, 2021

AirAsia Lantik Naelofar Hijab Reka Tudung Untuk Juruterbang Wanita

Dilaporkan, Naelofar Hijab telah bekerjasama dengan AirAsia untuk melancarkan hijab yang direka secara eksklusif untuk dipakai oleh juruterbang wanita yang berhijab dalam syarikat penerbangan itu.

Ketua Bahagian Penjenamaan AirAsia, Rudy Khaw berkata, mulai bulan Jun 2017, juruterbang wanita AirAsia dan AirAsia X yang berhijab akan mengenakan Naelofar Hijab berwarna putih yang direka khas untuk pekerjaan mereka.

“Buat julung kalinya, AirAsia bekerjasama dengan pereka hijab untuk menghasilkan hijab bagi para juruterbang wanita kami. Kami gembira dapat bekerjasama dengan Naelofar Hijab untuk menghasilkan rekaan yang melengkapi gaya juruterbang wanita yang berhijab.

“Di samping memberikan keselesaan dalam menjalankan tugas mereka, kami juga merancang untuk bekerjasama dengan Naelofar Hijab untuk memberikan nafas baharu kepada rekaan hijab untuk semua pekerja lain,” katanya.

Dalam pada itu, Pengasas Naelofar Hijab, Neelofa berkata, kesempatan untuk menghasilkan rekaan baharu hijab tersebut adalah sangat menarik dan memberi mereka peluang untuk mencipta hijab yang selesa, praktikal, dan bergaya.

IKLAN

Jelas Neelofa lagi, para juruterbang wanita AirAsia yang berhijab melibatkan diri sepanjang proses mereka hijab tersebut di mana mereka bekerjasama dengan pereka Naelofar Hijab untuk menghasilkan hijab yang praktikal dan sesuai untuk tugasan harian mereka. 

“Sebelum dilancarkan, prototaip yang dihasilkan telah menjalani pelbagai ujian pemakaian oleh para juruterbang wanita syarikat penerbangan itu. Hijab terbaru ini menggunakan sejenis fabrik istimewa.

“Malah, rekaan ini juga menampilkan ciri-ciri tambahan yang amat fleksibel untuk memudahkan pergerakan para pemakai serta dihiasi simbol Naelofar Hijab bertatahkan kristal Swarovski untuk sentuhan akhir,” katanya.

SUMBER

ARTIKEL BERKAITAN

ARTIKELTERKINI