Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita gembira bahawa Mawar Abdul Karim iaitu isteri kepada selebriti Fizo Omar sedang hamil anak sulung biarpun sudah 5 tahun mendirikan rumah tangga.
Kita manusia ini dikurniakan rezeki dalam pelbagai cara, kesihatan, kekayaan, kelancaran hidup dan kebahagiaan turut diklasifikasikan sebagai rezeki yang dianugerahkan tuhan.
Sudah tentulah bagi pasangan yang sudah berkahwin, kehendak untuk memiliki zuriat sendiri itu ada namun tidak semua diberikan peluang yang sama, ada yang mudah dan ada pula yang perlu menunggu dan terus mencuba.
Bagi pasangan bau berkahwin atau masih mencuba, ini Wanista sediakan beberapa panduan untuk hamil cepat seperti yang pernah dikongsikan Pakar Sakit Puan dan Kesuburan, Dato’ Dr. Hamid Arshat.
#1 Berkahwin Awal
Bila ada peluang dan anda sudah pun bertemu jodoh yang sesuai dengan cita rasa hati, kahwinlah. Ini kerana, waktu paling subur dalam hidup seorang perempuan adalah sebelum 20 tahun. Lingkungan umur sebelum 20an, belum ada sebarang ketumbuhan yang akan terbentuk seperti endometriosis, fibroids dan lain2 penyakit peranakkan. Jadi, jika ada rezeki, kahwinlah awal.
#2 Jaga Berat Badan
Berat badan berlebihan atau lebih jelas kita kata kegemukkan setidak-tidaknya akan mengganggu hormon kesuburan diri. Penghasilan telur (ovulation) sukar untuk berlaku apabila berat badan tidak berada pada tahap normal/ideal.
#3 Amalkan Pemakanan Sihat
Makanlah makanan berkhasiat penuh zat. Sebaiknya makan 70% yang terkandung sumber dari makanan segar mentah seperti buah-buahan segar dan sayuran. Sila jauhkan gula dan manisan. Jika hendak minum jus buah, perah sendiri jusnya kerana jus dalam kotak mungkin mengandungi perisa tiruan serta kandungan gula yang tinggi. Makanan segera seperti McDonads, KFC dan segala macam snek juga harus cuba dielakan atau jika tidak mampu, kurangkan sedikit demi sedikit dari hari ke hari.
#4 Jika Haid Tidak Menentu, Jumpa Doktor
Lebih 80% wanita akan hamil sebaik selepas satu tahun berkahwin namun, jika ada antaranya yang masih tidak hamil selepas setahun malah turut mengalami masalah kitaran haid tidak menentu atau sering mengalami senggugut, ada baiknya jika individu yang berkenaan lekas berjumpa doktor untuk lakukan ujian kesuburan.
#5 Pastikan Suami & Isteri Bebas Penyakit Kronik
Sama seperti ujian kesihatan sebelum berkahwin, suami isteri perlulah menjaga kesejahteraan dan kesihatan diri. Jika ada antara salah seorang mendapat tanda-tanda akan kehadiran penyakit, sila dapatkan rawatan secepatnya kerana ia mungkin menggangu tahap kesuburan diri.
#6 Makan Makanan Tambahan Berupa Vitamin
Bagi si isteri dinasihatkan untuk mengambil multi-vitamin jenis E, C dan asid folik manakala si suami digalakkan untuk mengambil vitamin zink dan selenium.
#7 Rangsang Ketenangan Jiwa
Jelas Dr. Hamid, bersenam selama 30 minit sehari dengan hanya berjalan kaki, jogging, kayuh basikal atau berkebun bisa memberikan ketenangan jiwa serta memberi kecergasan buat tubuh. Fakta ini menyokong bahawa apabila ada ketenangan jiwa dalam dari pasangan, sedikit sebanyak ia akan bantu menjayakan kehamilan. Dalam masa yang sama, aktiviti riadah sebegini juga dapat mengeratkan hubungan suami isteri tau!
Bukan itu sahaja, pasangan juga boleh menenangkan diri dengan berzikir, membaca Al-Quran serta bersabar melalui semua daat genting.
#8 Kaji Waktu Subur
Seorang wanita mempunyai peluang hamil yang besar jika pusingan haidnya teratur iaitu 28-30 hari (+/-5 hari). Kebiasaannya, waktu subur atau proses penghasilan telur akan berlaku pada hari ke 14 selepas datang haid jika sebulan ada 28 hari manakala akan jatuhpada hari ke 16 jika sebulan ada 30 hari.
Jika pening, waktu subur boleh dikesan dengan menggunakan ovulation test kit yang boleh dibeli di rangkaian farmasi.
#9 Hubungan Seksual Haruslah Tertib
Jangan terkeut kerana ada pasangan yang sudah tahun berkahwin pun masih tidak berjaya mendapatkan zuriat kerana hubungan seksual yang dilakukan adalah tidak tertib.
Mungkin salah seorang daripada pasangan mempunyai masalah, sama ada lelaki yang tidak berupaya untuk memberikan yang terbaik atau isteri yang mempunyai masalah sehingga tidak dapat menerima sperma dengan baik. Jika ada sebarang masalah dalam perhubungan seksual kalian, jangan segan untuk berjumpa pakar kesuburan.
Pergilah bercuti untuk mendapatkan mood agar kalian berasa seronok untuk bersama.
#10 Lakukan Hubungan Seksual Dengan Kerap Ketika Subur
Disarankan untuk lakukan hubungan intim selang sehari mulai hari ke-12 hingga ke-20 selepas haid tamat.
Sebagai seorang Islam, jangan lupa baca doa, Al-Fatihah, ayat Qursi dan tiga Qul sebelum melakukan hubungan supaya jika berhasil, zuriat akan terpelihara dari gangguan syaitan mahupun iblis.
Diingatkan juga, selepas selesai lakukan hubungan intim, jangan terus ke tandas untum buang air atau mencuci bahagian intim. Biarkan dahulu buat beberapa jam untuk memastikan sperma tidak terjejas. Rapatkan bahagian peha dan letak bantal di bawah punggung agar kedudukannya tinggi sedikit dalam keadaan berbaring.
Diharap perkongsian kali ini memberi manfaat buat semua.