Sebagai seorang perempuan, sudah tentu kita akan rasa malu bila mempunyai permukaan tangan yang kasar. Jika anda sudah berkahwin, sudah menjadi seorang ibu, itu adalah perkara normal… tapi bagi anak dara? Memiliki sepasang tapak tangan yang kasar adalah a big no no.
Musim raya ni, kita bukan saja nak nampak cantik dari penampilan fizikal malah kecantikan yang lazimnya disorokan daripada mata kasar orang lain seperti tapak tangan pun kena jaga tau… maklumlah, nak bersalam-salaman nanti bila orang pegang tangan kita lembut je rasa.
Wanista sediakan beberapa cara bernas bagaimana untuk melembutkan tangan secara semula jadi dengan mudah.
#1 Guna Air Suam
Rendamkan tangan dalam air suam adalah salah satu cara berkesan untuk dapatkan tapak tangan yang lembut. Tetapi pastikan suhu air tak terlalu panas kerana ia mungkin akan membuatkan kulitjadi kering. Tambah beberapa titis minyak ekstrak bunga mawar ke dalam air lalu rendamkan tangan beberapa ketika dalam campuran air berkenaan untuk 10 minit. Hasilnya, tangan makin lembut!
#2 Vaseline
Seperti yang kita tahu, memang banyak kebaikan vaseline untuk kecantikan. Selain digunakan sebagai agen pelembap kulit, Gunakan ia sebagai mask iuntuk tangan. Sapu vaseline pada keseluruhaan tangan termasuk tapak tangan kemudian, pakai sarung tangan getah dan biarkan ia sepanjang malam. Keesokannya, basuh dan pastinya tangan anda halus dan lembut sebaik bangun dari tidur!
#3 Gula + Minyak Zaitun
Petua ni memang ramai orang guna! Lakukan ini malam sebelum raya. Campurkan 1 sudu besar minyak zaitun dengan satu sudu besar gula sehingga ia menjadi seperti pes. Sapukan pes itu di keseluruhan tangan dan fokuskan pada bahagian celah kuku serta jari-jemari. Setelah beberapa ketika melakukan skrub tersebut, basuh ia dengan air seperti biasa. Manfaat minyak zaitun adalah untuk melembab, gula pula untuk mengikis sel kulit mati serta daki di tangan. Hasilnyatangan nampak cantik dan lembut dalam sekelip mata!
#4 Minyak Sapi
Ha, ingat boleh guna minyak sapi untuk buat biskut raya je ke? Untuk lembutkan tangan pun boleh juga!
Ambil satu sudu minyak sapi dan lumurkannya di keseluruhan tampak tangan serta permukaan kulit tangan, tenyeh juga pada bahagian kuku dan dicelah-celah kutikel untuk beberapa ketika. Anggap ia seperti losen. Setelah itu, basuh tangan dengan air tanpa menggunakan sabun. Memang ia melekit dan berminyak tetapi jika ia diamalkan selama seminggu sebelum raya, tangan and confirm lembut!
#5 Elak Tangan Terkena Sabun Pencuci
Sabun pencuci seperti sabun basuh baju, sabun basuh pinggan dan peluntur clorox umpamanya bisa menghakis kulit secara senyap. Untuk itu, jika melakukan pekerjaan rumah, sila pakai sarung tangan untuk memelihara tangan daripada sabun basuh yang mengandungi kimia yang merosakkan kulit. (Sebab tu orang putih akan pakai sarung tangan bila pencuci pinggan).
Bonus!
Mulai daripada hari, elak mencuci tangan dengan sabun. Ini kerana, kebanyakan label sabun anti-bakteria mempunyai satu bahan yang mungkin menjadikan kulit terlalu kering, Oleh itu, basuh sahaja dengan air biasa dan apabila mahu mengeringkan tangan, jangan sesekali menenyeh tuala pada tangan cara kasar sebaliknya tekap sahaja tangan dengan kain sehingga kering. Kulit tangan adalah antara anggota yang mempunyai kulit paling nipis dan ia sangat sensitif apabila tidak dijaga dengan lembut. Awas kalau tak nak kulit berkedut!