Pernah dilihat memakai tudung, mengaku membaca Al-Quran dan berjaya mendapat ketenangan daripadanya, Lindsay Lohan sekali lagi seolah menguatkan andaian orang ramai bahawa dia benar-benar jatuh cinta dengan agama Islam apabila tampil menghadiri majlis berbuka puasa anjuran penyanyi terkenal, Maher Zain untuk One Family Global Volunteering iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk memperkasa hak kemanusiaan dan alam sekitar di London semalam.
We're honoured to have @lindsaylohan at our launch event tonight #iftaratthesavoy #WeAreOneFamily pic.twitter.com/T7en5pmqvK
— One Family (@onefamilyglobal) June 13, 2017
Majlis berbuka puasa itu adalah sebahagian projek kebajikan anjuran One Family Global bertemakan Iftar at The Savoy.
Happy to see the beautiful @lindsaylohan at launch of One Family, shining her light on the issue of human trafficking. #WeAreOneFamily pic.twitter.com/MwG6thiDz5
— Sarah Joseph (@SarahIJoseph) June 13, 2017
Menerusi foto yang dimuat naik di laman Instagram (IG) rasmi @onefamilyglobal, Lindsay Lohan dilihat bukan hanya hadir sebagai tetamu malah dia turut berucap di hadapan tetamu lain mengenai isu perdagangan manusia.
Amazing night at launch of @onefamilyglobal charity I've been working with. Also met lovely @lindsaylohan with wife @Iythar_Art pic.twitter.com/SdaSakc021
— Ruh Al-Alam (@ruhalalam) June 14, 2017
Sementara itu Maher Zain turut sempat re-tweet dan re-post status dan foto di Twitter dan Instagram tetamu yang menghadiri majlis tersebut yang mana rata-ratanya menampilkan foto-foto Lindsay Lohan di acara tersebut.