Jika anda mengikuti perkembangan penyanyi berusia 29 tahun ini, pasti anda perasan akan perubahan fizikal G-Dragon yang susut mendadak.
Koleksi gambar yang diambil oleh para peminat ketika menghadiri konsert G-Dragon Act III, M.O.T.T.E baru-baru ini menunjukkan bertapa penyanyi hebat tersebut kehilangan berat badan yang agak ekstrem sehingga menampakkan tulang rusuk di bahagian dada. Bahkan rupa parasnya juga kelihatan cengkung langsung menunjukkan tanda-tanda tidak sihat.
Beberapa spekulasi bahawa penurunan berat badan G-Dragon adalah disebabkan jadual kerja yang sibuk.
Memang tak dinafikan G–Dragon nampak tak sihat, no wonder semua peminat risau.