Kembali Lagi!
PUMA Night Run mengalukan semua rakyat Malaysia menyertai larian malam buat kali eempat pada tahun ini. Bakal berlangsung di Cyberjaya, PUMA Night Run menawarkan ganjaran sehingga RM16,500 untuk dimenangi dan menyasarkan 12,000 pelari untuk tahun ini sahaja.
Apa kelainan Night Run kali ini? PUMA Night Run 2017 akan membawakan dua kategori berbeza iaitu 6KM untuk larian santai dan 12KM untuk pelari yang lebih pengalaman.
Yuran penyertaan untuk PUMA Night Run Malaysia 2017 ditetapkan pada RM 119 untuk 12KM dan RM 89 untuk 6KM (Semua harga adalah tidak termasuk GST). Selepas pendaftaran, semua peserta akan menerima PUMA Race Kit termasuk t-shirt, tuala, medal (akan diberi selepas perlumbaan) dan beberapa hadiah tajaan lain. Selain daripada itu, PUMA juga akan membekalkan tali kasut ‘glow in the dark’, LED wrist bands dan glow stick untuk memeriahkan lagi acara larian tersebut.
Untuk pendaftaran, anda boleh pergi ke www.puma-nightrun.com.my manakala untuk perkembangan terkini, boleh semak Facebook PUMA Night Run Malaysia 2017.
Walaubagaimanapun, Wanista ada berita baik nak dikongsikan kepada semua pembaca, Wanista akan berikan empat pas percuma menyertai PUMA Night Run 2017.
Apa yang perlu anda lakukan adalah menjawab slogan seperti berikut:
- Berikan 3 sebab kenapa anda ingin menyertai PUMA Night Run 2017?
Syarat pernyataan:
1. Like Facebook Wanista MY dan follow Instagram @wanistadotcom.
2. Jawapan boleh dihantar ke alamat emel submit@wanista.com dengan tajuk ‘PUMA Night Run 2017’.
3. Sertakan sekali maklumat peribadi seperti Nama Penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC, Alamat Rumah dan Nombor Telefon Bimbit.
4. Peraduan ini hanya sah sehingga 1 Ogos 2017.
5. Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan. Kami akan memilih pemenang yang memberi jawapan paling kreatif sahaja.
6. Keputusan hakim adalah muktamad.
Apa lagi, sertai kami sekarang!