Ahli politik sering kali dikaitkan dengan bijak pandai mereka dalam berkata-kata, mengatur rancangan masa depan dan berfikir secara rasional untuk kepentingan negara. Sudah menjadi sebahagian dari hidup mereka untuk tampil dengan manis bicara bagi menarik perhatian rakyat untuk mempercayai mereka sebagai penggalas amanah negara.
Jika dahulu kata-kata menjadi ‘aset’, barisan ahli politik kini kita dapat lihat mereka bukan sahaja geliga di kepala malah ada diantara mereka lahir untuk menyejukkan mata rakyat. Memang pakej lengkap dua dalam satu, menyinari dalam slot berita dan muka surat akhbar. Sampaikan ada yang menjadi popular hanya kerana rupanya yang kacak/jelita.
Siapakah ahli politik yang menjadi pujaan seperti selebriti? Wanista bariskan ahli politik dari seluruh dunia yang menggugat hati anda semua…
#1 Justin Trudeau
Menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau sememangnya eye candy para wanita di Kanada dan juga wanita seluruh dunia. Tidak dapat dinafikan bapa kepada tiga orang anak antara ahli politik paling kacak pernah dunia saksikan.
#2 Nurul Izzah Anwar
Namanya tidak asing lagi dipersada politik Malaysia. Nurul Izzah Anwar merupakan Ahli Parlimen untuk kawasan Lembah Pantai dan juga Naib Presiden parti bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR). Wajah ayu dan jelita milik Nurul Izzah sering menjadi buah mulut rakyat Malaysia. Cantik dan berani itulah menjadi ketrampilan dalam diri wanita ini.
#3 Hamdan bin Mohammed Al Maktoum
Tidak dapat melarikan anak mata ketika melihat wajah kacak Putera Raja Dubai ini, Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum. Tidak hanya memegang gelaran putera, beliau juga Pengarah bagi The Executive Council Dubai, penubuhan khas untuk mengukuhkan pusat kerajaan Dubai. Menariknya, Sheikh Hamdan turut gemar berkongsi gambar aktiviti harian beliau di laman Instagram miliknya: https://www.instagram.com/faz3/
#4 Najat Vallaud-Belkacem
Najat Vallaud-Belkacem, dahulunya beliau seorang gadis yang tinggal di kem pelarian di utara Perancis tapi kini beliau ialah wanita pertama memegang jawatan Menteri Pelajaran Perancis. Beliau yang juga berdarah kacukan Maghribi sering tampil dengan senyuman manis yang tidak pernah lekang dari bibir. Potongan rambut pendek ringkas juga membuatkan Najat sentiasa tampak segar dan bersedia untuk berkhidmat.
#5 Barack Obama
Barack Obama boleh dikatakan sebagai Presiden Amerika Syarikat yang paling cool dan sempoi di abad ini. Barack atau dengan nama penuhnya Barack Hussein Obama II merupakan Presiden Amerika Syarikat yang ke-44, dimana beliau juga diantara ahli politik yang sedap mata untuk memandang. Bagi penulis, suara Obama juga cukup lunak untuk didengari. Walaupun sudah diganti dengan presiden baru, sehingga kini rakyat Amerika Syarikat masih berharap Obama untuk kembali ke Rumah Putih.
#6 Dyana Sofya Mohd Daud
Dyana Sofea merupakan seorang peguam dan juga setiausaha politik kepada parti Parti Tindakan Demokratik (DAP). Pada tahun 2012 wajah Dyana sering muncul di tabloid politik dengan pelbagai bual-bicara politik tapi yang pastinya wajah ayu milik Dyana pasti menjadi tatapan penuh pembaca. Dyana pernah dicalonkan sebagai calon DAP untuk kerusi Teluk Intan, Perak namun kalah tipis.
#7 Khairy Jamaluddin
Menyandang tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang juga Ahli Parlimen kawasan Rembau membuat Khairy sentiasa tampil cergas dan segak. Sesuai dengan tagline beliau ‘Tall, Dark and Handsome’, yes Khairy antara ahli politik Malaysia yang menjadi pencair hati muda-mudi negara. Selain itu, rakyat juga menganggap Khairy antara menteri paling cool dan dekat di hati belia. Suka selfie, melayari Twitter dan Instagram memang patutlah beliau digelar menteri sempoi, tak payah nak serius sangat kan!
#8 Ivanka Trump
Siapa tidak kenal dengan anak kepada Presiden Amerika Syarikat baru Donald Trump iaitu Ivanka Trump. Ivanka yang sibuk dengan legasi syarikat fesyen kini beliau dilantik sebagai Penasihat Senior Presiden Amerika Syarikat. Bukan sahaja wajah cantik miliknya menarik perhatian, malah cara dia berfesyen juga sering mendapat lirikan. Kalau hendak tahu, Ivanka juga pernah bergelar model suatu ketika dahulu. No wonder lah!
#9 Enrique Peña Nieto
Tersisip kemas rambut belah tepi Presiden Mexico ini, Enrique Peña Nieto. Walaupun sudah berusia 50 tahun, beliau tetap nampak awet muda dengan langkah kemas bergaya. Beliau menjadi Presiden sejak tahun 2012 dan sehingga kini menjadi pilihan rakyat Mexico. Pasti faktor wajah kacaknya juga antara salah satu peranan untuk dia kekal di kerusi yang tertinggi.
#10 Hina Rabbani Khar
Wanita hebat ini pernah menggalas jawatan sebagai Menteri Luar dan Antarabangsa Pakistan pada tahun Februari 2011 sehingga Mac 2013. Beliau ialah menteri paling muda dan wanita pertama yang memegang tugas itu. Sering tampil berselendang dan mengenakan pakaian tradisional Pakistan, Hina Rabbani Khar layak digelar ahli politik paling cantik di Pakistan dan dunia. Walaupun sudah tidak memegang mana-mana jawatan di kerajaan, beliau masih lagi aktif sebagai jurucakap bagi polisi antarabangsa antaranya menggesa Pakistan menguatkan hubungan dua hala dengan India.
#11 Hans Linde
Ahli politik asal dari negara Sweden mencuri tumpuan dengan warna anak mata biru. Hans Linde yang baru sahaja berumur 38 tahun ketua bagi Parti Pimpinan Kiri pada tahun 2010 hingga 2016. Hans tidak ketinggalan mengikut trend lelaki kini iaitu berjambang sesuai pula dengan wajah kacaknya itu!
#12 Alena Arshinova
Sebelum menjadi ahli politik, Alena Arshinova merupakan seorang model dan ahli sosiologi. Pada tahun 2011, Alena dilantik sebagai Timbalan Negeri Duma, Wilayah Persekutuan Russia. Beliau bukan sahaja memiliki wajah cantik tapi bijak dalam pelajaran. Alena juga memegang dua warganegara iaitu Russia dan Transnistria.
#13 Eduardo Leite
Baru sahaja berumur 32 tahun, Eduardo Leite telah menjadi Datuk Bandar Pelotas di Brazil sejak tahun 2013 lagi. Beliau yang juga seorang peguam kini sibuk menguruskan bandar yang telah diamanahkan. Beruntung penduduk bandar Pelotas dapat Datuk Bandar kacak lagi muda!
#14 Syefura Othman
Nama Syefura Othman pernah menjadi bualan rakyat Malaysia kerana beliau diantara wanita Melayu memilih masuk ke parti DAP yang majoriti kaum Cina selepas Dyana Sofea. Namun semua itu tidak menjadi penghalang Syefura yang kini diangkat sebagai Penolong Setiausaha DAP Wanita Kebangsaan. Manis dan bersederhana dalam hijab, beliau juga gemar berkongsi fesyen ootd di laman Instagram: https://www.instagram.com/young.syefura/
#15 Chirag Paswan
Percaya atau tidak, beliau pernah debut sebagai aktor Bollywood. Namun nasib tidak menyebelahi Chirag Paswan memaksa kembali menyambung legasi dunia politik bapanya. Lengkap pakej dengan wajah kacak dan warna anak mata biru cair memang tidak mustahil beliau punya peminat sendiri walaupun bukan lagi sebagai aktor. Jejaka berusia 34 tahun ini kini bertugas sebagai Ahli Parlimen Loksabha sejak tahun 2014.
Siapa lagi ahli politik yang anda kenal Wanista lupa senaraikan?
**Info mengenai ahli politik diatas diambil dari carian Wikipedia