Otto Warmbier, 22 tahun yang ditangkap kerana mencuri poster propaganda dan dihukum kerja buruh selama 15 tahun akhirnya meninggal dunia.
Dia yang telah dibawa pulang ke Amerika Syarikat pada 13 Jun dalam keadaan koma. Menurut dari pihak Korea Utara, Otto telah mengambil pil tidur dan ubat-ubatan secara berlebihan.
Pada 2 Januari 2016, Warmbier ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pyongyang sebelum meninggalkan negara tersebut. Sebulan selepas itu, dia diumumkan sebagai ‘tahanan’ oleh Korea Utara kemudian dihadapkan dengan hukuman 15 tahun kerja buruh kerana mencuri poster propaganda Korea Utara.
Sebelum Warmbier dibebaskan dan dibawa pulang, ibu bapanya telah dihubungi oleh pihak Korea Utara memaklumkan anak mereka mengalami sakit jarang dan menjadi lumpuh. Menurut doktor yang merawatnya sebaik tiba di AS, Warmbier mengalami masalah kerosakan otak yang teruk.