Mungkin ada di antara kita yang tidak pasti bila agaknya masa yang sesuai untuk mencuci pakaian dalam, lebih-lebih lagi bra.
Ada orang kata jika kerap sangat mencucinya, bra akan rosak. Benarkah begitu? Tetapi, kalau tidak dicuci untuk tempoh yang lama, selain kotor atau kurang bersih, juga akan merosakkannya. Jadi apa yang patut dilakukan?
Baca: 5 Tanda Tiba Masanya untuk Ganti Baru Pakaian Dalam Anda
Fakta mengatakan jika anda terlalu berpeluh ketika memakai bra, itu bermakna anda terlalu kerap mencucinya.
Jadi, untuk kebanyakan hari, memadai jika anda mencuci bra menggunakan tangan selepas tiga atau empat kali memakainya. Ketika mencucinya, gunakan air suam dan bukannya air panas untuk menanggalkan kotoran dan kulit mati. Biarkan ia kering secara semula jadi dan jangan menggunakan pengering.
Jelas? Selepas ini tiada masalah lagi dengan bra rosak malah malas mahu mencucinya!