Terrnyata keintiman mereka benar-benar membuahkan hasil apabila teman lelaki Mawar Rashid yang merupakan seorang selebriti bola sepak, Raf Yaakob akhirnya membuat keputusan untuk melamarnya.
Raf di laman Instagram miliknya memberitahu tarikh sebenar lamaran itu dilakukan adalah pada 7 Jun lalu namun Mawar dan Raf baru sahaja memuat naik foto lamaran tersebut semalam.
https://www.instagram.com/p/BV7bh8ghT1h/?taken-by=mawarashid&hl=en
Menurut laporan yang diterbitkan Astro Gempak, Raf melamar Mawar di rumah yang dibina untuk mereka tinggal bersama selepas mendirikan rumah tangga.
Menerusi foto yang dimuat naik itu menunjukkan Raf sedang melutut sambil menghulurkan sebentuk cincin dihadapan Mawar yang sedang berdiri.
Lamaran itu cukup manis apabila menyaksikan mereka berdua berada di dalam lingkaran kelopak bunga ros selain menyusun ayat ‘Will You Marry Me’ menggunakan kelopak bunga tersebut.
Raf bagaimanapun gembira apabila lamarannya itu diterima.
Berikut merupakan kapsyen yang ditulis Raf:
“7/6/2017. 7.07pm. At the house I’m building for us to live in the future. She said…YES
#MawaRaf #Alhamdulillah”
Raf kemudian dihujani ucapan tahniah oleh pengikut IG yang gembira dengan berita tersebut.
Hmm, bersemut tak? Wanista ucapkan tahniah!