Pakai mekap pun sudah berjam-jam tapi sayangnya cepat betul ia pudar dari kulit wajah. Apa salah kita? Tak adakah cara berkesan untuk membuatkan mekap tahan lebih lama?
Jawapannya sudah tentulah ada…
Apa Itu Setting Spray
Setting spray adalah sejenis semburan yang akan disembur pada keseluruhan muka setelah selesai bersolek. Ia kemudian bertindak sebagai lapisan perlindungan optimum untuk mengelak mekap atau solekan itu tadi cair meskipun terdedah pada faktor sekeliling seperti peluh dan minyak muka sepanjang hari.
Fungsi Setting Spray
Fungsi setting spray sama seperti primer yang disapu ke muka sebelum memulakan solekan kerana kedua-duanya bermanfaat untuk membuatkan solekan tahan lebih lama.
Pemilihan Setting Spray
Jika anda masih buntu, setting spray juga adalah cocok untuk semua jenis kulit cuma dinasihatkan agar mereka yang memiliki kondisi kulit kering cuba untuk mencari setting spray yang tidak mengandungi alkohol kerana alkohol akan membuatkan kulit wajah jadi lebih kering.
Kenapa Semua Orang Wajib Guna Setting Spray?
Peluh dan minyak yang dihasilkan kulit wajah (sebum) memang tidak dapat dipisahkan. Jika anda menggunakan foundation terutamanya, pasti mekap bakal jadi comot dan bercapuk jika kulit terdedah pada suhu kepanasan yang melampau… maklum sahajalah cuaca di Malaysia ini bagaimana kan? Oleh itu, adalah amat penting untuk menyemburkan setting spray sebaik selepas selesai bermekap.
Untuk pengetahuan semua, setting spray boleh dibeli berdasarkan formula tertentu, ada yang bisa menyalurkan kelembapan, ada yang boleh membuatkan tekstur mekap dan kulit kelihatan halus berseri malah ada juga yang mampu membuatkan kulit berasa sejuk dan nyaman. Formula ini bergantung kepada sesuatu jenama setting spray tersebut.
Cara Menggunkan Setting Spray
Cara penggunaannya amat ringkas, pastikan solekan telah lengkap siap termasuklah olesan gincu serta pemakaian maskara. Kemudian, goncang dan pegang botol setting spray dengan jarak lebih kurang 20cm dari wajah… pejam mata, lalu tekan punat dan gerakkan botol ke seluruh wajah agar semburan rata dan sekata menutupi lapisan solekan. Biarkan semburan air setting spray itu kering dan anda bakal kelihatan anggun sehingga malam!
Jangan risau, setting spray adalah mesra wuduk dan tidak memberi sebarang efek kepada keterjejassan kulit.
Jenama Apa Yang Bagus?
Jika anda tanya penulis, penulis tak kisah gunakan mana-mana setting spray sekalipun, namun di sini ada tiga jenama setting spray kegemaran yang menurut penulis berkesan untuk kulit jenis kombinasi (berminyak + kering) iaitu:-
Sephora Beauty Amplifier Spray: RM66 (80ml)
Caudalie Grape Water: RM35 (75ml)
Urban Decay De-Slick Oil Control Makeup Setting: RM68 (Travel Size)