Melihat pada tajuk, siapa yang Wanista maksudkan? Anda ada idea?
Viral di media sosial apabila anak perempuan kepada billionaire Tan Sri Vincent Tan, Chryseis Tan berkongsi gambar dilamar oleh kekasih hatinya, SM Faliq SM Nasimuddin, anak kepada jutawan Allahyarham Tan Sri Nasimuddin Amin.
Chryseis sendiri berkongsi berita yang sungguh manis seperti madu itu di Instagram miliknya. Kalau tengok gambar, Wanista pasti ramai yang cemburu, bukan?
Dilaporkan, Chryseis dan SM Faliq, 32, telah mengenali satu sama lain sejak di zaman persekolahan lagi.
Untuk siapa yang tidak tahu, Tan Sri Nasimuddin Amin merupakan pengasas kepada Kumpulan Naza. Kumpulan Naza adalah konglomerat milik swasta yang terbesar di Malaysia dengan perniagaan di industri automotif, hartanah, F&B dan telekomunikasi.
Manakala Tan Sri Vincent Tan merupakan pengerusi dan ketua eksekutif Kumpulan Berjaya dan pemilik 3 kelab bola sepak di seluruh dunia. Kumpulan Berjaya adalah konglomerat untuk pelbagai peniagaan, dari jualan langsung dan runcit kepada perkhidmatan kewangan dan perdagangan motor.
Tahniah Wanista ucapkan! Nampaknya Faliq mengikuti jejak langkah abangnya SM Nasarudin memilih ‘amoi cina’ sebagai suri rumah.