Angkat dua tangan kalau anda suka menonton video tutorial makeup di laman Youtube!
Tak perlu lagi penulis nak perkenal apa itu Youtube dan tutorial makeup kalau semua dah tau kan. Bukan setakat tutorial makeup, banyak lagi tutorial yang boleh anda semua belajar dari apa yang dikongsikan oleh pemilik akaun tersebut. Dunia yang dahulunya ada sempadan kini semakin dekat, hanya dari laman sesawang sahaja kita sudah boleh menakluk pelbagai ilmu.
Kemahiran dalam solekan boleh diasah sekiranya kita benar-benar mempraktiskannya. Bagi penulis sendiri, penulis banyak belajar dari laman Youtube yang lebih mudah dengan satu carian di ruangan search. Ikutlah nak look apa sekalipun pasti ada.
Pada anda yang sudah mahir tentang teknik solekan jadi pasti mahu mencari suggestion look di Youtube. Bosankan dengar Youtuber duk bercakap fasal produk, kadang-kadang sampai skip video 4 minit baru dia start makeup. Itu belum lagi sambil makeup, sambil bercakap, memang ‘mengundang’ betul.
Kebiasaanya memang penulis akan cari channel Youtube yang menunjukkan tutorial yang ringkas dan cepat. Penulis tertarik dengan channel dari si cantik Aina Yaslina!
Walaupun baru sahaja lapan video yang dimuat naik, tak kira apa level anda tentang solekan memang seronok tengok Aina yang sempoi dalam video tutorial. Tak perlu bercakap banyak, durasi tutorial dari Aina paling kurang tidak sampai 10 minit. Apa yang boleh digambarkan oleh penulis tentang Aina ialah dia adalah seorang gadis yang classy. Tak percaya? Cuba dengar background music di video tutorial memang asyik dengan pilihan lagu slow pop.
https://youtu.be/i8PJ_37j5dI
Produk yang digunakan oleh Aina boleh dikatakan kebanyakan dari drug store dengan harga yang berpatutan. Kemasan solekan mata dari Aina memang tidak dapat digambarkan, pembayang mata, ukiran kening seperti tampak mudah dibuat tapi kita semua tahu effort untuk dapatkan gaya itu bukan senang!
Oh ya! Tak pasti kalau Aina mempunyai darah kacukan tapi penulis setuju dengan komen ini jika Alicia Keys dan Michelle Pan punya anak wajah anak mereka pasti seperti Aina Yaslina.
Diharap selepas ini Aina lebih banyak berkongsi ilmu dan gaya solekan yang terbaru. Ringkas dan mudah dipelajari. Go girl!
Ikuti Aina Yaslina di twitter.com/yasyaslina/ dan instagram.com/ainayaslina/.