Awal tahun lalu, bintang bola sepak dunia Cristiano Ronaldo berkongsi berita gembira beliau akan menimang cahaya mata kembar. Sepasang kembar lelaki hasil dari kandungan ibu tumpangan seorang warga Amerika Syarikat.
Penantian yang ditunggu akhirnya telah tiba, apabila bayi-bayi itu selamat dilahirkan pada akhir bulan dan yang paling mengejutkan pasangan kembar itu adalah seorang bayi lelaki dan perempuan. Cristiano tidak sorok-sorok mengenai kelahiran itu, dia berkongsi gambar bayi kembarnya buat pertama kali di Instagram. Sekaligus memperoleh lebih dari 7 juta likes.
Lebih mencuitkan hati, Cristiano juga sempat berkongsi momen manis dia bersama anak lelaki sulungnya Cristiano Ronaldo Jr pada Selasa sempena majlis keluarga. Dia merakam gambar comel, dia dan Cristiano Ronaldo Jr memegang pasangan kembar sambil melihat satu sama lain.
Cristiano Ronaldo Jr yang berusia 7 tahun telah menjadi seorang abang kepada adik kembarnya yang dikenali sebagai Mateo dan Eva. Terkini, keluarga bahagia Cristiano lengkap dengan tiga orang anak dan kekasih Georgina Rodriguez, 23.