Adakah anda sering jatuh sakit atau selalu rasa penat, lemah, loya, pedih hulu hati dan kerengsaan? Jika anda kerap mengalami keadaan seperti ini, kemungkinan anda kekurangan serat dan vitamin yang berpunca daripada pengambilan diet yang tidak sihat, tidak seimbang dan kekurangan aktiviti fizikal.
Kenapa Serat?
Serat ialah bahagian tumbuh-tumbuhan yang tidak mudah dicerna, misalnya bijirin, sayur-sayuran, kekacang dan buah-buahan. Ia merupakan sejenis karbohidrat yang mengandungi pelbagai fungsi dan manfaat dari segi kesihatan.
Faedah Serat
Terdapat dua jenis serat iaitu serat larut dan serat tidak boleh, kedua-duanya mempunyai kebaikan tersendiri.
- Serat membantu menstabilkan kadar glukos serta menurunkan kolesterol di dalam darah.
- Membantu melancarkan proses penghadaman yang boleh mengurangkan masalah sembelit.
- Diet serat membuatkan anda rasa cepat kenyang untuk tempoh masa yang lama sekaligus membantu seseorang untuk memiliki berat badan yang sihat.
- Mengurangkan risiko penyakit seperti diabetes, sakit jantung dan barah.
Bagaimana untuk Mendapatkan Dos Serat dan Vitamin Harian Anda?
Sekarang anda sudah tahu tentang faedah menambah pengambilan serat dan vitamin dalam diet harian, jadi apa langkah seterusnya? Jangan lupa untuk sentiasa mengamalkan pengambilan makanan yang memiliki dos serat dan vitamin tinggi untuk meningkatkan kesihatan anda. Di sini ada beberapa petuanya:
Bijirin penuh dan mil penuh – Abaikan roti putih dan pastasebaliknya dapatkan makanan yang mengandungi bijirin penuh dan mil penuh. Satu hidangan bijirin penuh memberikan anda serat sehingga 3 gram. Ia juga memberikan anda vitamin B yang berfungsi meningkatkan penghasilkan sel.
Buah dan jus – Buah-buahan seperti jambu batu, epal dan mangga ialah sumber serat serta vitamin yang terbaik. Apabila anda inginkan snek, ambil satu hidangan buah-buahan atau jus yang telah sedia dipek – kini lebih mudah untuk melengkapi keperluan diet harian anda dengan manfaat serat dan vitaminnya.
Jika anda tiada masa untuk menyediakan atau membungkus buah-buahan, ambil sahaja jus Marigold Peel Fresh yang diperkaya dengan Vitamin A, C dan E. Ia memberikan anda lebih khasiat dan kebaikan buah-buahan di dalam setiap titisannya yang boleh didapati sama ada dalam rangkaian jus Regular (pilihan sembilan perisa) dan Rangkaian jus Tanpa Gula (pilihan enam perisa).