Yang mana satu patung? Yang mana satu asli?
Kina Shen adalah seorang blogger/model berbangsa Cina telah membina fanbase besar di China selama bertahun-tahun kerana rupa parasnya bak anak patung.
Dia menjadi sensasi internet selepas gambarnya dengan penampilan unik viral di media sosial bahkan netizen dari seluruh dunia sering menyamakan gadis 25 tahun ini dengan anak patung.
Akaun Instagramnya KINA SHEN (@kinashen) kini mempunyai lebih 460,000 pengikut, menjadikannya sebagai selebriti internet dalam sekelip mata.
Dengan kulit porselin, solekan mata besar dan berpakaian seperti anime melengkapkan imej anak patungnya yang sebenar. Malah, jika dia berdiri di sebelah anak patung pasti ramai yang musykil.
Untuk pengetahuan anda, Kina Shen ini bukan calang-calang orangnya, dia memperoleh ijazah sarjana dalam Pengurusan Pemasaran Fesyen di The Art Institute of California, Hollywood.
Si cantik ini juga pernah berkongsi rahsia mekap mendapatkan solekan mata besar yang memukau di saluran Youtube, ini membolehkan peminat mendapatkan rupa yang sama sepertinya.
Tapi Kina Shen tanpa mekap pun memang dah cantik. Tak percaya tonton video yang penulis kongsikan ini.