Ingat lagi jelitawan dari seberang yang popular kerana memegang watak heroin utama dalam filem Syurga Yang Tak Dirindukan ini?
https://www.instagram.com/p/BUwCmn6gWHd/?taken-by=laudyacynthiabella&hl=en
Sejak putus tunang beberapa ketika dahulu, dirinya sering sahaja dilanda gosip panas. Mana tidaknya, kelibatnya pernah dilihat keluar bersama seorang lelaki misteri di sebuah pusat membeli-belah terkemuka Indonesia namun Bella sendiri telah mendakwa bahawa dia telah difitnah oleh orang yang tidak bertanggungjawab kerana menyebarkan fotonya dengan lelaki misteri tersebut sekaligus menyatakan bahawa lelaki itu hanyalah teman rapatnya.
Hari berganti hari, kini Bella akhirnya tidak lagi malu untuk berkongsi cerita cinta barunya kerana beberapa hari lalu, dia ada memuat naik foto di Insta Story yang boleh dianggap sebagai ‘petunjuk’ bahawa dia sudah berpunya dan siapakah lelaki yang berjaya merangkul hatinya saat ini.
Lebih mengejutkan apabila Foto yang mengandungi imej sama juga ada dimuat naik menerusi akaun Instagram Engku Emran!
https://www.instagram.com/p/BWROdLWhRwS/?taken-by=iamkumbre&hl=en
Video hasil seni seorang lelaki menggunting sehelai kertas hitam yang akhirnya membentuk imej seorang wanita itu pada mulanya menjadi tanda tanya kerana ianya benar-benar mirip wajah Bella.
Nampaknya pasangan ini tampil berani untuk mendedahkan hal sebenar dan tidak lagi mahu beselindung. Bila agaknya mereka akan mengemukakan kenyataan rasmi berkenaan hubungan mereka?
Media-media di Indonesia kini sedang hangat menjaja gosip cinta dua insan ini.
Apa-apa pun kita doakan sahajalah yang baik-baik buat mereka.
Sebelum ini Laudya Cynthia Bella pernah putus tunang dengan jejaka hati pilihannya, Afifuddin Kalla alias Afie Kalla yang merupakan anak saudara kepada Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla. Manakala Engku Emran pernah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi Erra Fazira sekitar Oktober 2007 malah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Engku Aleesya namun sah bercerai pada Februari 2014 selepas ada desas-desus mengatakan Engku Emran telah berkahwin lain.