Walaupun sebelum ini ada khabar angin Ben Affleck dan Jennifer Garner kembali rujuk namun akhirnya mereka tetap juga menfailkan penceraian dan berpisah secara baik.
Ben dan Jennifer tetap bersahabat baik sebagai usaha mereka untuk membesarkan anak-anak Violet, 11, Seraphina, 8 dan Samuel, 5. Paparazi sering merakam mereka keluar bersama sebagai aktiviti keluarga.
Setelah beberapa bulan sepi, dikatakan Ben yang telah pulih dari ketagihan alkohol kembali mengulit cinta dengan seorang produser televisyen dan program hiburan SNL.
Gambar Ben Affleck dan Lindsay Shookus dirakam pada Isnin lalu di Los Angeles. Mereka dilihat membeli minuman kopi di Starbucks. Menurut dari sumber, mereka masih diawal perkenalan walaupun setelah lama berkawan. Ben dan Lindsay mengambil langkah berjaga-jaga dengan hubungan baru ini.
Sama seperti Ben Affleck, Lindsay juga mempunyai seorang anak perempuan. Dia masih lagi berhubung dengan bekas suami sebagai komitmen membesarkan anak.