Syarikat insurans terkemuka AIA melancarkan dua pakej perlindungan yang terbaru iaitu A-Life Lady360 dan A-Life Joy, khas untuk para ibu mengandung dan bayi.
Pelan perlindungan ini juga terdapat sama seperti Shariah-compliant takaful solutions, dimana menyediakan perlindungan sama seperti pelan konvensional.
Pelan A-Life Lady360 direka khas sebagai perlindungan untuk wanita sehingga umur 80 tahun. Mereka yang memilih pelan ini sekaligus boleh mendaftar juga pelan A-Life Joy jika kandungan kurang dari 14 minggu dan tanpa mempunyai dokumen kesihatan. Tambahan lagi, pelan ini juga bertindak sebagai perlindungan kanser wanita dan buat pertama kali di Malaysia, ianya dapat membayai komplikasi kesihatan akibat pembedahan kosmetik.
Manakala pelan A-Life Joy sebuah pelan premium biasa iaitu Investment-Linked Insurance Plan untuk kematiandan Total & Permanent Disability sehingga umur 100 tahun. Pelan ini boleh dibeli jika anak masih dalam kandungan. Pelanggan yang membeli pelan A-Life Joy boleh menambah perlindungan untuk autism dan ADHD.
Dua pelan perlindungan ini menyediakan perlindungan komprehensif untuk wanita dan anak dari mereka dalam kandungan sehingga berusia 100 tahun.
Untuk maklumat lanjut mengenai A-Life Lady360 dan A-Life Joy, layari: