Kulit adalah organ manusia paling terbesar, namun kulitlah yang paling banyak terdedah dengan risiko kerosakan sebagai contoh terdedah kepada sinaran matahari.
Jika kulit terdedah pada sinaran matahari dalam tempoh yang lama ia boleh menyebabkan radang kulit seperti kulit terbakar dan iritasi. Kulit terbakar merupakan tanda anda berada dicuaca panas terlalu lama. Sinaran ultraviolet boleh mengubah DNA dan menyebabkan penenuaan kulit dengan cepat. Lama-kelamaan kerosakan DNA menjurus kepada masalah kanser kulit.
Wanista kongsikan cara mudah untuk meredakan iritasi dan kemerahan kulit akibat sunburn…
#1 Mandi dengan air sejuk
Cara paling cepat dengan mandi atau berendam dalam air sejuk (bathtub). Bagi melegakan perit dan sakit tambahkan pati minyak lavendar atau chamomile. Selain itu, serbuk penaik (baking soda) boleh dimasukkan dalam air mandian sebagai membantu meredakan iritasi dan kulit kemerahan. Kulit lebih kering akibat sunburn, semasa mandi elak menggunakan sabun kerana ia boleh menambah kekeringan.
#2 Losyen
Gunakan losyen yang mengandungi aloe vera ianya khas untuk melembutkan dan melembab kulit akibat terbakar. Sesetengah produk yang menggunakan ekstra aloe vera mengandungi lidocaine, seperti bius untuk melegakan sakit sunburn. Aloe vera juga pelembab paling terbaik untuk pengelupasan kulit.
#3 Minum air
Perbanyakkan pengambilan air putih, jus atau minuman bertenaga. Ia secara tidak langsung menggantikan air dalam badan yang telah hilang dan memulihkan kulit dengan cepat.
#4 Mask Timun
Sama seperti aloe vera, timun juga boleh menjadi pelega akibat sunburn. Apa yang boleh anda lakukan, hancurkan timun sehingga menjadi lumat. Kemudian letakkan pada kulit atau muka yang terbakar, jadikan ia sebagai mask badan atau muka.
Nasihat Wanista cuba gunakan topi atau payung ketika berada di luar untuk penjagaan awal! Selamat beramal…