Dalam masakan Melayu tak sah kalau tak ada serai. Serai pembangkit rasa dan bau bukan sahaja untuk masakan malah untuk aromaterapi. Serai secara tidak langsung memberi rasa kesegaran secara semulajadi tanpa keluar belanja, tanam sahaja pokok serai didalam pasu dibelakang rumah. Sekaligus, pelbagai kebaikan kesihatan anda boleh praktiskan dari pokok serai dari rumah.
Serai mempunyai antibiotik khas boleh menghalang bakteria Staphylococcus aureus iaitu bakteria yang sering dijumpai dalam hidung, saluran pernafasan dan pada kulit. Selain itu, serai juga mampu memperbaiki kadar kolesterol, melancarkan detoks dan meningkatkan imunisasi badan.
Apa lagi yang boleh dimanfaatkan dari serai?
Selain dari minuman seperti teh serai, serai terkenal dengan ekstra minyak pati untuk aromaterapi dan minyak sapu. Pelega untuk masalah penghadaman, muntah, batuk, keletihan dan banyak lagi. Hanya sapu sahaja minyak dari ekstra serai pada bahagian tubuh yang tidak selesa, ia menyerap dan menghantar kesan kelegaan. Efek sejuk dari minyak serai juga melegakan badan ketika cuaca panas dan melancarkan peredaran darah.
Kulit cantik dengan serai!
Memakai minyak serai pada kulit dapat menegangkan kulit kendur dan mengecutkan jerawat. Kualiti antiseptik dan kesan pada tisu kulit yang optimum menjadikan serai boleh menjadi pembersih untuk masalah kulit berminyak dan berjerawat. Ia bukan sahaja merawat bahagian yang bermasalah malah mencantikkan warna kulit yang tidak sekata.
Produk dari serai?
Bauan aromaterapi dari serai membantu menghilangkan rasa stress dan terus meredakan kekejangan otot. Ia juga umpama dapat membersih udara persekitaran dengan ejen antibakeria. Ekstra serai juga digunakan untuk pembuatan sabun dan kosmetik. Serai juga digunakan untuk menghasilkan Vitamin A dan komponen kimia secara semulajadi dipanggil citral.