Marta Minujín, 74, seorang artis dari Argentina telah mencipta replika tugu monumental Parthenon Yunani daripada 100,000 naskhah buku yang diharamkan. Menurut artis tersebut, ia melambangkan penindasan terhadap politik.
The Parthenon of Books di Kassel, Jerman adalah sebahagian daripada Pesta Seni Documenta 14. Dengan bantuan pelajar dari Universiti Kassel, Minujín mengenal pasti lebih daripada 170 tajuk yang diharam di negara-negara lain seluruh dunia dan membina replika kuil ikonik dari buku-buku, pelapis plastik dan keluli.
Menarik bukan idea sebegini? Mungkin dekat Malaysia boleh pertimbangkan tetapi takut silap hari bulan habis kena koyak dan dijual semula.